«

»

Oct 12

Tanda-tanda Serangan Strok Ringan – Minor Stroke

Strok ringan atau strok kecil memiliki durasi serangan yang singkat dan dapat menghilang dalam beberapa minit. Namun meski gejalanya telah pergi, penyakit ini tetap menyimpan bahaya jika diabaikan, termasuk kematian.

Strok ringan dalam bahasa perubatan dinamakan serangan iskemik transien atautransient ischaemic attack (TIA). Penyebab penyakit ini sama dengan strok, iaitu terhalangnya aliran darah ke otak.

Gejala TIA atau strok ringan sendiri biasanya mudah dilihat melalui wajah, lengan, dan kemampuan bertutur. Strok ringan boleh menyebabkan kelemahan otot wajah sehingga wajah turun ke salah satu sisi, tidak mampu senyum, mata, atau mulut turun ke bawah.

Penderita strok ringan kemungkinan tidak akan mampu mengangkat kedua lengan. Hal ini terjadi disebabkan lengan mereka lemas atau mati rasa pada salah satu sisi.
Pada orang yang mengalami strok ringan, kemampuan bertutur mereka juga mungkin terganggu. Pertuturan mereka akan pelat, tidak jelas, atau bahkan tidak mampu bicara sama sekali. Jika ternyata ada salah satu gejala yang telah disebutkan, maka segeralah mendapatkan bantuan pegawai perubatan.
Perbezaan asas antara strok ringan dengan strok adalah ukuran atau tingkat keparahan sumbatan yang menghalangi aliran darah ke otak. Pada strok ringan, sumbatan adalah bersifat kecil sehingga mampu diperbaiki kembali oleh sistem pertahanan dalam tubuh. Akibatnya, gejala strok ringan bersifat sementara dan segera hilang. Jika sumbatan tersebut lebih besar atau parah, maka terjadi strok sepenuhnya.

Bahaya yang Mungkin Muncul
Mini stroke, atau nama lainnya dari strok ringan, walau pun berlaku dalam masa yang sengkat, namun itu menunjukkan bahawa tubuh seseorang yang diserangnya sedang terancam bahaya. Orang yang terkena strok ringan pada sembilan tahun pertama dikesan, memiliki risiko harapan hidup lebih rendah dibandingkan mereka yang tidak pernah mengalaminya.
Hal tersebut berdasarkan data bahwa sekitar 4 dari 10 orang yang terkena strok ringan kemudian menderita strok yang sebenarnya. Yang membimbangkan adalah setengah dari kes strok sebenarnya itu terjadi dalam julat waktu 48 jam setelah strok ringan.

Meski strok ringan menyerang hanya dalam waktu yang relatif singkat, keadaan ini boleh berubah kepada strok sebenarnya sehingga mengakibatkan strok kekal. Kondisi yang lebih parah boleh terjadi jika gejala strok ringan tersebut tidak disedari sehingga terbiar dalam tempuh waktu yang lama tanpa rawatan. Maka kerosakan otak yang disebabkannya dapat memicu komplikasi berupa penglihatan yang kabur, gangguan kognitif dan demensia.
Peratus risiko di atas kemungkinan bertambah jika tahap kesedaran dan kewaspadaan masyarakat yang rendah. Lihat saja bagaimana tingkat kesadaran mengenai strok ringan ini dalam sebuah penelitian. Ternyata terdapat lebih dari 68 dari 100 orang yang tidak mengenali seperti apa gejala strok ringan. Ditambah lagi, menurut kajian, hampir 75 peratus dari mereka yang sedar akan gejala strok ringan tidak akan langsung mendapatkan pemeriksaan.
Yang lebih parah, lebih dari 65 peratus belum pernah mendengar mengenai penyakit TIA atau strok ringan sama sekali. Padahal banyak orang yang berisiko mendapatkan strok ringan tanpa mereka sedari.

Orang-orang dengan situasi tertentu juga wajib berwaspada terhadap kemungkinan terkena strok ringan. Mereka yang merokok, mempunyai tekanan darah tinggi atau hipertensi, dan berat badan berlebih memiliki risiko lebih besar terkena strok ringan. Selain itu, mereka yang memiliki kadar kolesterol tinggi atau mengonsumsi alkohol berlebih secara rutin juga lebih berisiko terkena strok ringan. Penderita fibrilasi atrium atau jenis denyut jantung tidak teratur serta diabetes juga lebih terdedah terkena stroke ringan.

Mengingat akibatnya yang boleh menyebabkan kematian, seseorang harus segera mendapatkan pemeriksaan perubatan jika terkena strok ringan. Mintalah menyeluruh terhadap sistem peredaran darah untuk memastikan saluran darah mana yang menyempit. Doktor biasanya akan melakukan CT atau MRI scan untuk memeriksa sistem peredaran darah. Sebagai tambahan, EKG dan ujian darah juga umumnya dilakukan.

Segera jalani gaya hidup sehat agar risiko terkena penyakit yang lebih berat dapat diminimumkan. Berhenti merokok, batasi konsumsi makanan berkolesterol, tidak mengonsumsi alkohol, dan rutin berolahraga adalah beberapa cara yang wajar dilakukan untuk menjauhkan diri dari strok. Pastikan juga cukup mengonsumsi buah dan sayur, menjaga berat badan sehat, serta mengelola diabetes dengan baik untuk menghindari penyakit ini.
Di bawah ini ialah empat langkah segera untuk mengenal pasti seseorang yang mempunyai tanda-tanda terkena strok ringan dan ambilah tindakan segera:

Face (wajah)
Mintalah orang yang dicurigai mengalami strok untuk tersenyum. Perhatikan, apakah wajahnya nampak tidak simetris atau tidak seimbang antara sebelah menyebelah?

Arms (lengan)
Mintalah orang yang dicurigai mengalami strok untuk mengangkat kedua lengan lurus ke depan dan menahannya untuk beberapa detik. Apakah ia hanya dapat mengangkat satu lengan saja? Bila ia dapat mengangkat kedua lengannya, apakah salah satu lengan terlihat turun?

Speech (pertuturan)
Mintalah orang yang dicurigai mengalami strok untuk mengulang beberapa kalimat. Apakah ia mampu bercakap jelas atau terdengar pelat atau kedengaran macam lidahnya pendek? Akan lebih jelas bila kalimat yang diucapkan mengandung banyak konsonan huruf R seperti, ular melingkar-lingkar di atas pagar.

Time (waktu)
Seperti disebutkan sebelumnya, time is brain, setiap detik sangat berharga. Bila ditemukan salah satu gejala di atas, segera hubungi atau bawa pesakit ke hospital dengan segera.

Sebagai langkah selanjutnya untuk mencegah berulangnya kejadian yang berpunca daripada sumbatan saluran darah oleh kolestrol atau bekuan darah, amalkan meminum Jus Delima Bio Emas kerana ia mengandungi akstrak buah delima, zaitun dan biji anggur yang kaya dengan bahan anti oksidan yang mampu mengawal paras kolestrol dalam darah dan melancarkan sistem aliran darah dalam tubuh.

 

Tuan / Puan Tahu Mengenai Jus Delima Bio Emas?

Jus Delima Bio Emas ialah Minuman Herba Campuran.

  • Khasiat semua buah-buah yang terkandung dalam produk Delima Bio Emas telah melalui kajian klinikal dan saintifik yang telah dijalankan oleh pelbagai pehak dari serata dunia dan boleh dirujuk di laman web National Institutes of Health – NIH.
  • NIH memuatkan journal-journal serta artikel-artikel berkaitan penyelidikan atau penemuan berhubung dengan dunia perubatan dan menjadi rujukan kepada para pengamal perubatan, penyelidik, pesakit, penuntut dan profesional seluruh dunia.
  • Journal-journal serta artikel yang memuatkan hasil kajian saintifik ke atas bahan-bahan yang digunakan sebagai formulasi dalam Jus Delima Bio Emas iaitu Ekstrak Delima, Anggur, Zaitun, Kurma, Aprikot, Manna dan Madu boleh semak di sini.
  • Sumber rujukan ini diterbitkan oleh National Institutes of Health – NIH, Amerika Syarikat dan Kanada dan juga universiti-universiti dan pusat penyelidekan yang berkenaan.

Dengan adanya sumber maklumat yang berwibawa mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam Jus Delima Bio Emas, diharap ianya memberi panduan dan boleh menggunakanya mengikut tujuan yang bersuaian. Jus Delima Bio Emas juga mempunyai Sijil Pengesahan HALAL JAKIM.

GUNAKAN JUS DELIMA BIO EMAS TANPA WAS-WAS



Sila KLIK imej di bawah untuk mendengar mengenai Jus Delima Bio Emas


<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA