«

»

Aug 14

Kaedah ‘off-pump’ Kurangkan Risiko Komplikasi Semasa Dan Selepas Pembedahan Jantung

Pembedahan pintasan jantung (bypass) biasanya dilakukan ketika jantung sedang berhenti berdenyut. Dalam situasi itu, jantung akan diberhentikan sementara dan mesin jantung dan paru-paru (cardio pulmonary bypass machine) akan mengambil alih tugas kedua-duanya.

Meskipun dianggap normal, risiko komplikasi yang bakal dihidapi pesakit sehingga kini masih menjadi perdebatan terutama di kalangan pengamal perubatan sendiri. Antaranya termasuklah serangan jantung dan strok, degupan jantung tidak teratur, kegagalan paru-paru atau buah pinggang, sakit dada dan demam, kehilangan darah atau darah beku, hilang ingatan serta kesukaran bernafas.

Mungkin ramai tidak tahu, melalui teknik ‘off-pump coronary artery bypass’ atau singkatannya ‘off-pump’, risiko komplikasi boleh dikurangkan.

Mengenai ‘off-pump’ dan bagaimana ia dilakukan?
Dr Mohd Zamrin Dimon, Pakar Runding Kardiotorasik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Private Specialist Centre (UPSC), Sungai Buloh yang juga Dekan Fakulti Perubatan UiTM, berkata ia merupakan teknik utama dalam pembedahan pintasan jantung invasif minimal (minimally invasive bypass surgery) dan diguna pakai secara meluas di seluruh dunia termasuk Jepun dengan hampir 80% pembedahan menggunakan teknik itu.
“Teknik ini tidak melibatkan penggunaan mesin jantung dan paru-paru. Ini bermakna sewaktu pembedahan dijalankan, jantung pesakit kekal menjalankan fungsinya (sentiasa berdenyut) seperti biasa, cuma pesakit akan dibius secara keseluruhannya.

“Perawatan secara konvensional bukan tidak bagus, cuma penggunaan mesin yang mengambil alih peranan jantung adalah berisiko lebih-lebih lagi kepada pesakit yang berusia dan penghidap kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan paru-paru,” katanya.

Serangan jantung lazimnya berlaku disebabkan kekurangan bekalan darah kepada otot jantung akibat penyumbatan yang berlaku pada saluran arteri jantung.

Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan kematian otot-otot jantung dan jika berterusan ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung dan seterusnya membawa kepada kematian mengejut.
Kajian Jabatan Perangkaan pada 2016 menunjukkan penyakit jantung menjadi punca utama kematian rakyat Malaysia dalam tempoh 10 tahun (2005-2014). Kira-kira 13.5% kematian pada 2014 adalah disebabkan penyakit jantung.
Secara purata kira-kira 20,000 rakyat Malaysia diserang sakit jantung setiap tahun dengan 25% daripadanya berumur di bawah 50 tahun.

Mengulas lanjut risiko komplikasi selepas pembedahan, Dr Mohd Zamrin berkata serangan strok adalah yang sering dimaklumkan kepada pesakit. Walaupun ia hanya 1 atau 2%, namun dalam pembedahan pintasan ia tetap dianggap tinggi.
“Dengan teknik ‘off-pump’, risiko komplikasi strok adalah sekitar 0.2% atau 0.5% dan walaupun tekanan darah berpotensi menjadi tidak stabil sewaktu pembedahan dilakukan namun ia masih boleh dikawal.
“Kemungkinan jantung tidak berfungsi seperti sedia kala juga tinggi jika pembedahan dijalankan secara konvensional kerana fungsinya berpindah kepada mesin semasa pembedahan dijalankan. Ini seringkali terjadi kepada pesakit yang menghidap lemah jantung atau jantung tidak berfungsi dengan baik,” katanya.

Malaysia mula menggunakan teknik berkenaan sekitar tahun 2000, namun sehingga kini ramai pakar bedah cenderung memilih teknik konvensional atas alasan lebih selesa bekerja dalam keadaan jantung pesakit ‘direhatkan’ selain melihat teknik baharu itu sebagai sesuatu yang mencabar dan memerlukan kepakaran tinggi.
Namun begitu, tidak kurang juga yang mengakui teknik berkenaan lebih berkesan serta sesuai dijalankan kerana tempoh penyembuhan selepas pembedahan juga lebih cepat berbanding teknik ‘on-pump’.
“Ia lebih menjimatkan masa kerana hanya mengambil masa lebih kurang 4 jam berbanding teknik ‘on-pump’ yang boleh mencapai sehingga 8 jam.

Apabila jantung menjalankan fungsinya seperti biasa semasa pembedahan dijalankan, pesakit tidak perlu mengambil masa lama untuk pulih kerana jantung tidak pernah berhenti berdenyut.
“Tempoh selepas pembedahan adalah yang paling ‘kritikal’ kerana komplikasi sering berlaku pada waktu ini. Semakin cepat pesakit sembuh selepas pembedahan semakin kurang risiko untuk sebarang komplikasi,” katanya sambil menambah teknik itu juga mengurangkan kos pembedahan kerana pesakit tidak perlu menggunakan mesin dan tidak perlu tinggal lama di hospital.

Beliau menambah selain kepakaran dan teknik yang betul, ciri peribadi seperti kuat semangat, sabar serta sentiasa tenang turut menjadi elemen penting bagi seorang pakar bedah menjalankan kaedah itu kerana perlu bekerja dalam keadaan jantung pesakit sedang berdenyut.

“Kaedah ini sebenarnya menjadikan pakar bedah jantung lebih serba boleh dan memberi kelebihan kepada mereka untuk memilih kaedah yang lebih sesuai untuk pesakit yang berbeza. UPSC adalah antara yang menjalankan teknik ini dan saya sendiri sehingga kini menjalankan teknik itu kepada lebih 1,000 pesakit,” katanya.
Selain kaedah ubat-ubatan dan angioplasti (balloon stent), pembedahan pintasan dan yang terkini pembedahan pintasan invasif minimal adalah antara yang berkesan dalam merawat penyakit jantung.

Pembedahan pintasan invasif minimal melibatkan kaedah pembedahan untuk mengurangkan risiko, sekadar luka kecil atau tanpa luka, tempoh penyembuhan yang lebih cepat dan penggunaan teknologi lebih canggih serta mampu memberi hasil yang lebih berkesan.

Untuk menjalankan pembedahan pintasan cara itu, seorang pakar bedah terlebih dahulu perlu menguasai teknik ‘off-pump’.

Mengikut kaedah konvensional, potongan atau bukaan melalui tulang sepanjang kira-kira 30 sentimeter perlu dilakukan di bahagian tengah dada pesakit untuk melakukan pintasan arteri pada jantung namun dengan kaedah invasif minimal, ia hanya melalui belahan kecil sekitar 8cm panjang di bahagian kiri dada antara tulang rusuk.
Kaedah konvensional juga memerlukan pakar bedah memotong tulang dada(sternotomy), kedua-dua bahagian tulang dada dipisahkan untuk mendedahkan jantung (open heart surgery) dan ini akan menyebabkan tempoh pemulihan mengambil masa kira-kira 2 bulan untuk sembuh sepenuhnya.

Berbeza dengan kaedah invasif minimal, tulang dada tidak perlu dipotong sekali gus mengurangkan trauma dan kesakitan kepada pesakit selain mempercepat tempoh pemulihan.

Walaubagaimana pun langkah mengamalkan cara hidup sehat sangat penting bagi mengelakkan masaalah saluran darah pada jantung atau pada otak dari tersumbat. Jus Delima Bio Emas mengandungi flavonoid yang berfungsi mencegah darah daripada beku dan mencegah terbentuknya kumpulan kolestrol dalam saluran darah. Berikut ialah maklumat khasiat Jus Delima Bio Emas.



Sila KLIK imej di bawah untuk mendengar mengenai Jus Delima Bio Emas


<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA