↑ Return to Produk

Pati Delima Bio Emas

Pati Delima Bio Emas Pati DelimaTerbaik Di Malaysia

Pati Delima Bio Emas Pati Delima Terbaik Di Malaysia

Jus delima Bio Emas ialah minuman berasaskan herba campuran daripada buah-buahan  terbaik.

Jus delima Bio Emas dihasilkan daripada kombinasi estrak buah delima merah, zaitun, anggur merah, kurma, aprikot, al manna dan diperkaya dengan madu lebah.

Pada kebiasaannya kita menggunakan buah-buahan tersebut dengan hanya memakan isinya sahaja dan membuang bahagian lain. Ketahuilah sebenarnya zat-zat dan mineral yang penting untuk tubuh badan kita terdapat dalam bahagian yang kita tidak makan seperti dalam kulit, biji dan serat buah-buahan tersebut.

Dalam bahagian tersebutlah mengandungi pelbagai nutrisi dan mineral seperti  polyphenol, anthocyanin, kalsium, potassium, fosforus, bahan anti oksidan dan lain-lain yang cukup tinggi yang sangat diperlukan oleh badan kita untuk membantu sistem badan berfungsi dengan cekap.

Fungsi antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang merosakkan sel dalam badan. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.

Sebagai contoh bagi formulasi Jus delima Bio Emas, kami menggunakan ekstrak sebiji buah delima merah  yang diperolehi daripada kulit, biji, isi dan seratnya. Jus delima Bio Emas tidak hanya mengambil air perahan isi delima sahaja.

Begitu juga dengan anggur merah, aprikot, kurma dan zaitun, yang digunakan dalam Jus delima Bio Emas ialah ekstrak bahagian bijinya kerana dalam bahagian inilah terkumpul segala khasiat untuk kebaikan tubuh.

Jus delima merah merupakan sumber antioksidan, kerana mengandungi polifenol komplek dan flavonoid seperti katekin, antosianin, phenolik dan fitosterol.  Fitosterol merupakan komponen biokimia yang mempunyai fungsi berlawanan dengan kolesterol. Selain itu, fitosterol juga tahan terhadap oksidasi

Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC  merupakan bahan antioksida dan unsur semulajadi penting yang terdapat di dalam biji anggur. OPC amat kaya dengan protein terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap pembentukan sel dan tisu.

Zaitun amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi  LDL kolesterol (kolesterol tidak baik) yang menyumbat saluran arteri jantung, penyebab utama kepada penyakit serangan jantung dan strok.

Kurma mengandungi  fruktosa dan dekstrosa yang mudah dicerna dan cepat membekal tenaga kepada tubuh. Ia juga mengandungi protein, lemak, kuperam, feram, magnesium dan asid folat. Kurma kaya dengan serat dan merupakan sumber kalium yang sangat baik.

Aprikot boleh menurunkan tekanan darah dan berkesan menurunkan paras kolesterol. Ia juga meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan.

Al manna atau arabic gum merupakan agen pembiak bakteria baik dalam usus kita. Bakteria baik berperanan untuk melancarkan sistem penghazaman serta mencegah daripada sembelit dan dengan itu mempertingkatkan kecekapan badan memperoses zat-zat dan mineral  dan seterusnya dihantarkan kepada organ lain di seluruh tubuh badan kita.

Manakala kegunaan madu pula telah sedia maklum dalam pelbagai aspek kehidupan kita sejak turun temurun.

Dengan kombinasi buah-buahan hebat yang mengandungi pelbagai nutrisi, bahan biokimia semula jadi dan mineral yang sangat berkhasiat itulah Jus Delima Bio Emas dihasilkan untuk kebaikan dan kesejahteraan meningkatkan kualiti kehidupan kita.

Mengamalkan minum Jus delima Bio Emas setiap hari dapat membantu  menstabilkan hormon,  pencernaan (yang memudahkan proses pembuangan air besar  dan kecil), membantu mengawal paras kolestrol, urik asid serta gula darah dan lain-lain.

Buah delima dalam Jus Delima Bio Emas juga mengandungi  asid folik yang tinggi. Asid folik amat diperlukan oleh ibu-ibu dan bayi semasa proses kehamilan.

Bukan itu sahaja Jus Delima Bio Emas juga menghindarkan ibu-ibu mengandung daripada mengalami mabuk, loya atau morning sickness serta memberi  tenaga yang mencukupi sepanjang hari.

Jus Delima Bio Emas telah berada di pasaran sejak tahun 2013 dan sehingga kini alhamdulillah mendapat sambutan yang sangat baik daripada semua golongan pengguna daripada pelbagai etnik.

Sambutan berterusan daripada para pengguna ini membuktikan Jus delima Bio Emas sangat berkesan untuk membantu pengguna dalam usaha mempertikatkan kualiti hidup masing-masing.

Pelbagai institusi penyelidikan di seluruh dunia telah membuat pelbagai kajian sintifik ke atas potensi 7 bahan botani yang digunakan sebagai formulasi dalam Bio Emas boleh lihat di sini (sila klik)

Jus delima Bio Emas diformulasi, diproses dan dikeluarkan dari kilang milik kami sendiri. Kami memberikan sepenuh tumpuan dan menjaga serta memastikan semua proses pembuatan dilaksanakan sepenuhnya supaya kualiti  serta khasiatnya terjaga, bersih serta terpelihara kesucianya dan juga tentunya mematuhi piawaian pensijilan MeSTI.

Jus delima Bio Emas di kilang dan diedar oleh Perniagaan Pirza Bakti, No. 19, Lorong 1, Taman Mentiga Jaya, 26600 Pekan, Pahang.

Tuan / Puan yang berminat menggunakan atau mengedar Jus delima Bio Emas boleh hubungi talian 013-904 0627 setiap hari (7 hari/minggu) dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.


KELUARGA CERIA BERSAMA JUS DELIMA BIO EMAS
MINUMAN HERBA CAMPURAN



Sila KLIK imej di bawah untuk mendengar mengenai Jus Delima Bio Emas


<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA