«

»

Sep 14

Penyakit Tiroid Dan Cara Rawatan

rawatan penyakit tiroid – thyroid dengan Jus Delima Bio Emas
Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.

Kelenjar tiroid terbahagi dua. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya jika metabolisma rendah anda akan berasa kesejukan. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan.

Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroid dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroid pula berlaku.

Penyakit lain seperti kencing manis (diabetes mellitus) juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.

merawat penyakit tiroid, gunakan Jus Delima Bio Emas 2 sudu besar 2 kali sehari iaitu awal pagi dan malam
Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroid dan hipotiroid yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas dimana sebab dan alasan yang tidak diketahui dengan nyata sehingga kini.

Penyakit hipotiroid
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya.

Lazimnya, penyakit hipotiroid disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter yang akhirnya, kelenjar tiroid itu tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Simptom hipotiroid adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat. Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Penyakit Hipertiroid
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid.

Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroid mungkin menyebabkan hipertiroid, jadi pengawasan doktor amat penting.

Simptom hipertiroid adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan.

Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan debaran jantung mungkin perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Penyakit tiroid semasa hamil
Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.

Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.

Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis. Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroid pada masa hadapan. Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental.

Kes ini biasanya di bawah pengawasan doktor pakar yang biasanya akan dipantau di ‘combine clinic’ iaitu doktor pakar perbidanan dan doktor pakar endokrin. Usah gusar, ia selamat dan mudah dirawat.

Makanan yang perlu dielakkan pesakit Tiroid

1. Makanan berkafein: kopi, teh dan lain-lain

2. Herba kuat yang bersifat stimulant yang meningkatkan metabolisma, suhu tubuh dan denyut jantung seperti akar kayu tongkat ali, ginseng, kacip fatimah, rancang besi dsb.

3. Minuman dan makanan kesihatan mengandungi herba dan akar kayu, ubat tradisional, ubat yang bersifat panas, perangsang seks, meningkatkan metabolisma dan suhu tubuh: kopi herba, maajun herba, viagra, sexual stimulant.

4. Segala jenis hydrogenated vegetable oils/fats (HVO): trans fat, non-diary creamer, majerin, shortening, minuman 3 in 1, minuman all in one, minuman berperisa, kek, paste, krim. HVO yang menyebabkan sel darah merah melekat yakni ‘cell agglutination’ yang mengakibatkan paras oksigen darah dan tubuh menurun. Ini meningkatkan beban kerja jantung lebih ketara (untuk mengepam darah ke kapilari dan sel-sel periferi) yang memang sudah sedia kuat denyutannya dalam hipertiroid kerana ia boleh merosakkan otot jantung dalam jangka masa panjang, sesak nafas dsb.

5. Makanan segera, daging lembu, makanan banyak bahan kimia dan vaksin seperti burger, nuget, sosej, ayam goreng segera. Ia boleh meningkatkan pertumbuhan sel abnormal tiroid.

6. Kurangkan makanan deep fry (bergoreng), minyak recycle, makanan dalam tin, highly refined processed foods.

Makanan Yang Sesuai Untuk Pesakit Tiroid
Mengubah kebiasaan makan mampu membuat Anda merasa lebih baik, kerana akan mengurangi banyak gejala.
Penderita tiroid disarankan untuk pandai dalam memilih makanan yang akan diambil agar penyakit kelenjar tiroid tidak bertambah buruk. Sebagai panduan, kami telah merangkum makanan yang apa saja yang sihat untuk penderita penyakit kelenjar tiroid seperti berikut ini :

  • Makanan yang mengandung zat besi
    Meskipun manusia hanya memerlukan sejumlah kecil zat besi di dalam tubuhnya, namun zat besi penting untuk mendukung sistem kekebalan tubuh agar tetap sihat. Contoh makanan yang kaya  zat besi adalah kekacang, sereal, dan biji-bijian.
  • Makanan yang mengandung zat antioksidan
    Kerosakan radikal bebas di dalam tubuh dapat dikaitkan dengan peningkatan hormon tiroid. Untuk melawannya, konsumsi makanan yang kaya akan antioksidan seperti beta karoten, vitamin C, dan vitamin E serta buah seperti delima.
  • Makanan yang mengandungi vitamin D
    Penelitian menunjukkan ketika  tubuh kekurangan vitamin D maka akan mudah terkena penyakit hipertiroid dan kepadatan mineral tulang Anda akan berkurang. Oleh sebab itu amalkan sereal, ikan, dan  makanan yang kaya  vitamin D.
  • Makanan yang mengandung kalsium
  • Makanan yang kaya kalsium mampu membantu tubuh Anda dalam melawan hipertiroid. Sebab ketika Anda menderita hipertiroid, vitamin dan nutrisi yang ada di dalam tubuh Anda akan merosot dan dapat menyebabkan tulang menjadi rapuh.
  • Makanan yang kaya kalsium adalah susu, brokoli, bayam, kacang-kacangan, dan ikan.

Tips nutrisi berikut boleh membantu mengurangkan simptom-simptom penyakit tiroid (hyperthyroid):

1. Elakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti produk tenusu (susu, keju dan aiskrim), gandum (gluten), soya, jagung, bahan pengawet dan bahan kimia tambahan dalam makanan. Anda boleh dapatkan ujian alahan daripada doktor.

2. Makan makanan yang tinggi vitamin B dan zat besi, seperti bijirin penuh (whole grains) dan sayuran segar

3. Jika anda mengambil ubat untuk hormon tiroid, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk yang berasaskan soya. Terdapat bukti menunjukkan soya boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.

4. Zat besi juga boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.

5. Makan makanan yang tinggi antikoksidan, seperti buah-buahan (bluberry, ceri dan tomato) dan sayuran (seperti labu dan bell pepper)

6. Elakkan makanan seperti roti putih, pasta dan gula.

7. Kurangkan pengambilan daging; lebihkan pengambilan ikan, kacang dan protein.

8. Hadkan pengambilan daging yang diproses seperti makanan segera.

9. Gunakan minyak masak seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.

10. Kurangkan atau tidak mengambil makanan yang mengandungi lemak trans seperti biskut, kek, kentang goreng, onion ring, donut, makanan yang diproses dan majerin.

11. Elakkan alkohol dan tembakau. Bincang dengan doktor anda sebelum ingin mengambil produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman ringan.

12. Melakukan sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 5 kali seminggu untuk mengeluarkan peluh.

Perkara yang Perlu Dipertimbangkan:
Meskipun ada banyak diet untuk tiroid, perlu diketahui bahawa rencana diet tertentu mungkin tidak sesuai bagi semua orang sebaliknya sesuai bagi orang lain. Hal ini kerana setiap individu memiliki tubuh yang unik, serta cara menyembuhkan yang juga berbeza. Makanan yang sesuai dengan tubuh Anda mungkin tidak sesuai dengan orang lain. Itulah mengapa Anda harus mencuba methode trial and error ketika memulakan diet tiroid.

Meskipun demikian, diet untuk tiroid terbukti  bermanfaat untuk membantu meringankan gejala-gejala, dan memfasilitasi penyembuhan kelenjar tiroid Anda.

Jika Anda merasakan anda ada gejala penyakit tiroid, kunjungi doktor untuk mendapatkan pemeriksaan hormon tiroid. Ini akan membantu Anda untuk mengetahui, apakah Anda dengan hormon tiroid yang rendah atau tinggi.

KENAPA SUPLEMEN / VITAMIN PENTING UNTUK PESAKIT TIROID?
Pengambilan suplemen bukan bertujuan untuk mengubati penyakit tiroid sebab suplemen bukan ubat. Tetapi ia lebih kepada untuk menampung kekurangan nutrisi kronik penghidap penyakit tiroid ni terutamanya hyperthyroid.

Hyperthyroid menyebabkan kehilangan nutrisi yang teruk dan jika tidak diganti, ia boleh menyebabkan timbulnya masalah kesihatan lain seperti keguguran rambut yang kronik dan berterusan, osteoporosis, sistem imun yang lemah yang boleh menganjur kepada pelbagai masaalah kesihatan seperti SLE dan Buah Pinggang dan lain-lain.

Jus Delima Bio Emas adalah antara makanan tambahan (suplemen)  yang sesuai diamalkan oleh pesakit tiroid. Kandungan dalam Jus Delima mengandungi banyak nutrisi, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan bagi menampung kekurangan kepada penderita tiroid.

Membuat pencegahan awal dan menjauhkan diri daripada masaalah tiroid ini boleh menggunakan makanan tambahan yang mengandungi herba aprikot. Delima Bio Emas ialah minuman botani campuran yang mengandungi aprikot didalamnya boleh diamalkan.

Kajian dan penyelidikan mengenai aprikot atau laetrile atau amygdalin telah dijalankan oleh penyelidik dari serata dunia termasuk di universiti. Ada 16 buah journal penyelidikan yang menyiasat kegunaan bahan-bahan daripada aprikot untuk manafaat manusia. Untuk melihat kajian dan penyelidikan serta khasiat aprikot sila klik di sini.

Semua kandungan dan khasiat bahan-bahan dalam Jus Delima Bio Emas telah dibuat penyelidikan oleh pelbagai universiti seluruh dunia. Untuk mengetahui kandungan dan khasiat setiap bahan, sila klik pada nama bahan-bahan berikut:

Sesuaikah Jus Delima Bio Emas Untuk Tiroid?

Bagi melihat kesesuaian Jus Delima Bio Emas untuk penyakit tiroid, kami membuat carian journal penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik di seluruh dunia mengenai fungsi delima dan  zaitun  dalam mengawal atau mencegah penyakit ini.

1. Delima:

Cheng X dari Institute Perubatab Nuklier, Wuxi, Jiangsu, China telah mendapati Punicalagin dari buah delima berfungsi mematikan sel-sel autophagic dalam sel karsinoma tiroid papillary [1]. Pada tahun 2018 Cheng X sekali lagi membuat kajian keatas fungsi buah delima mengawal penyakit tiroid.

Dalam kajian ini, Cheng X melaporkan bahawa rawatan punicalagin menghasilkan fenotip senescent sel BCPAP yang disifatkan sebagai morfologi yang diubah, peningkatan granulariti sel dan penyinaran β-galactosidase (SA-β-Gal) yang berkaitan dengan senescence. Senescence yang disebabkan oleh rawatan punicalagin disahkan selanjutnya oleh pemusnahan kitaran sel dan pengawalan perencat kinase yang bergantung kepada cyclin p21 [2]

Parmar HS dari Devi Ahilya University, India mendapati ekstrak buah delima  menghalang LPO hepatic. Ia juga menurunkan LPO dalam hepatic, cardiac, dan renal tissues (P <.01, P <.001, dan P <.05) dan kepekatan glukosa serum (P <.01). Penemuan ini mendedahkan potensi yang belum diketahui dari ekstrak kulit delima diuji yang berfungsi mengawal tiroid dan metabolisme glukosa [3]

2. Zaitun:

Mekircha F dari Université de Bejaia  Algeria telah menunjukkan bahawa zaitun adalah agen yang kuat yang dapat melindungi daripada tekanan oksidatif DM dan perubahan endokrin. Kehadiran zaitun dengan DM mengembalikan tahap  tekanan oksidatif, tiroid dan hormon pembiakan pada nilai kawalan [4].

Jadi 2 daripada komponen herba dalam Jus Delima Bio Emas adalah berfungsi sebagai pencegah gejala tiroid manakala 5 bahan lagi bertindak sebagai pembekal nutrisi dan perlindungan daripada masaalah kesihatan yang lain seperti kolestrol, pembekuan darah dalam saraf, sumber folic acid, agen antioksida dan lain-lain.

 

Nampak banyak?… betul!… memang agak banyak kerana pesakit tiroid mengalami penurunan dan kekurangan nutrisi yang kronik. Sebab tu pesakit tiroid mudah jatuh sakit, mudah demam, mudah kena selsema dan macam-macam lagi penyakit boleh hinggap.

Pesakit tiroid juga boleh hidup sihat seperti orang yang normal asalkan menjaga diet dan ambil berat tentang keperluan nutrisi tubuh.



Sila KLIK imej di bawah untuk mendengar mengenai Jus Delima Bio Emas


<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA