«

»

Oct 23

Jus Delima Sesuai Untuk Penyakit Kencing Manis?

Betulkah Jus Delima Sesuai Untuk Penyakit Kencing Manis?

 

Penyakit kencing manis lazimnya berpunca daripada masaalah hormon insulin yang tidak dapat dikeluarkan dengan secukupnya oleh organ pankreas atau insulin gagal berfungsi sepenuhnya. Kegagalan pankreas mengeluarkan insulin berpunca dari beberapa faktor umpamanya kerosakan kerana jangkitan bakteria atau serangan kanser.

Apabila bekalan insulin tidak cukup dikeluarkan oleh pankreas atau insulin tidak berfungsi, maka gula dalam darah tidak dapat diiubah menjadi tenaga dan tidak dapat disalurkan kepada tisu badan melalui saraf. Maka gula itu akan mendap didalam saluran darah dan saraf, dengan itu semakin lama kandungan gula darah menjadi semakin tinggi dan darah menjadi semakin pekat. Akibatnya saraf menjadi rosak yang akhirnya tisu (daging) mereput atau mencetuskan luka kerana tidak mendapat bekalan oksigen.

Apabila berlaku gejala di atas, pesakit kencing manis perlu merujuk kepada pegawai perubatan bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Antara rawaran yang akan diberikan kepada pesakit ialah cadangan melakukan aktiviti fizikal atau intervensi farmokologi dengan memberikan ubat oral bagi menurunkan paras gula darah atau pun diberikan suntikan insulin bagi menggantikan insulin yang tidak mampu dikeluarkan oleh organ pankreas pesakit.

Sungguh pun begitu dengan pengambilan ubat atau insulin mendedahkan pesakit kepada masaalah baru dimana ubat atau insulin yang diambil mendatangkan kesan sampingan masing-masing pula.

Biasanya ubat yang lazim diberikan kepada pesakit ialah Metformin. Metformin adalah nama generik kepada ubat-ubatan preskripsi Glucophage, Glumetza dan Fortamet, yang digunakan untuk mengawal gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis jenis 2. Kadang-kadang metformin digunakan dalam kombinasi dengan insulin atau ubat-ubatan lain.

Sesetengah orang mengalami keadaan  yang dipanggil laktik asidosis (situasi yang boleh mangancam nyawa) semasa pengambilan metformin. Laktik asidosis lebih cenderung untuk terjadi jika pesakit sedia mempunyai penyakit hati, penyakit buah pinggang, kegagalan jantung kongestif, jangkitan yang teruk, dehidrasi atau pengambilan alkohol dalam kuantiti yang banyak. Di samping itu, metformin harus digunakan dengan berhati-hati terhadap pesakit warga tua disebabkan oleh potensi fungsi buah pinggang yang telah pun berkurang berikutan faktor usia yang lanjut. Maklumat penuh mengenai kesan sampingan Metformin sila klik di sini.

Manakala pengambilan insulin pula terdapat kemungkinan pesakit kencing manis akan mengalami hipoglisemia (koma atau pengsan) jika terlebih dos suntikan (pesakit menyuntik diri sendiri setelah mandapat bimbingan perawat).

Rawatan Alternatif
Selain rawatan konvensional menggunakan ubatan sintetik, masaalah kencing manis masih ada pilihan lain untuk pesakit. Dari penyelidikan dan kajian yang berterusan, jus buah delima didapati mempunyai aktiviti untuk membaik pulih  pesakit kencing manis. Pada tahun 2007 penyelidik Katz SR daripada  Rimonest Ltd., Haifa, Israel mendapati  Jus buah delima mencegah penyakit kencing manis melalui penghasilan reseptor-gamma yang terikat peroksisom proliferator dan penghasilan nitrat oksida, yang dikaitkan dengan kesan antidiabetik termasuk oleanolic, ursolic, dan gallic acid [1].

Manakala Banihani S daripada University of Science and Technology Jordan dalam penyelidikannya pada tahun 2013 mengesahkan sebatian dalam kulit buah delima, seperti punicalagin dan ellagic, gallic, oleanolic, ursolic, dan asid uallic, telah dikenal pasti mempunyai tindakan anti-diabetes (anti-kencing manis). Selain itu, jus delima didapati mempunyai polifenol antioksidan yang unik (tanin dan antosianin), yang boleh memberi manfaat untuk mengawal keadaan kencing manis[2].

Penyelidikan terbaru pada tahun 2018 khasiat jus delima untuk pesakit kencing manis telah dijalankan oleh AlMatar M dari Universiti Cukurova Turki  mendapati kelebihan ekstrak delima terhadap proses penyembuhan luka, penyakit Alzheimer (AD), kencing manis (DM) dan obesiti, serta penilaian kecekapan intervensi[3]. Selain itu terdapat hampir 100 kajian kegunaan jus dan/atau ekstrak delima untuk mengatasi masaalah penyakit kencing manis. Semua journal kajian/penyelidikan itu boleh lihat di sini.

Anggur juga mempunyai khasiat untuk mengawal paras gula darah. Hokayem M daripada Physiologie & Médecine Expérimentale du Cœur et des Muscles, Perancis pada tahun 2013 telah menjalankan kajian bertajuk Polifenol anggur menghalang tekanan oksidatif yang disebabkan fruktosa dan rintangan insulin dalam  pesakit kencing manis[4] mengesahkan semua kesan buruk fruktosa telah dinyahkan sepenuhnya oleh Polifenol yang terdapat dalam anggur.

Lai X  dari Hunan Agricultural University mendapati minyak biji anggur[5] yang mengandungi 87.02% asid lemak tak tepu (UFAs), secara signifikan mengurangkan apoptosis sel-sel pankreas dan melindungi rembesan insulin yang terjejas oleh glukosa tinggi. Ekspresi gen pro-apoptotik seperti iNOS, Caspase-3, ATF-3, JNK, p38 dan Fas manakala gen anti-apoptosis Akt dan Bcl-2 / Bax dikawal. Terdapat 20 kajian khusus keberkesanan ekstrak anggur mengawal penyakit kencing manis dan boleh di akses di sini.

Daun pokok zaitun juga berperanan mengawal penyakit kencing manis melalui kaedah peningkatan sensitiviti insulin sebanyak 15% (p = 0.024). Juga 28% peningkatan dalam tindak balas sel-β-pankreas (p = 0.013). Suplemen daun zaitun (OLE) juga menyebabkan peningkatan interleukin-6 (p = 0.014), IGFBP-1 (p = 0.024), dan kepekatan IGFBP-2 (p = 0.015). Dapatan ini[6] di perolehi melalui kajian oleh Martin de Bock  dari University of Auckland, New Zealand pada tahun 2013.

Al Manna atau gum arab juga memainkan peranan yang berkesan dalam mencegah penambahan berat badan dan memformulasikan disfungsi tisu adiposa pada pesakit kencing manis jenis 2[7]. Kajian oleh Rasha Babiker dari University of Medical Sciences & Technology, Sudan mendapati Gum Arab menurunkan BMI dan VAI dengan ketara (P <0.05) sebanyak 23.7%. Indeks adipositas badan berkurangan sebanyak 3.9% . Tekanan darah sistolik berkurangan sebanyak 7.6%  tanpa perubahan ketara dalam tekanan darah diastolik.

Daripada hasil kajian dan penyelidikan saintifik dan klinikal ke atas Delima, Anggur, Daun Zaitun dan Al Manna membuktikan dengan jelas bahawa herba ini mempunyai unsur-undur perubatan yang sesuai bagi merawat dan mengawal penyakit kencing manis. Penggunaan herba iaitu bahan semulajadi tidak mendatangkan kesan sampingan melampau sepertimana ubat sintetik.

Jus Delima Bio Emas ialah minuman herba campuran yang diformulasi daripada ekstrak delima, anggur, zaitun, al manna, aprikot, kurma dan madu lebah. Berdasarkan keputusan kajian-kajian di atas, Jus Delima Bio Emas sesuai diamalkan oleh pengidap penyakit kencing manis. Jus Delima Bio Emas dikeluarkan pada tahun 2013 dan telah digunakan dengan meluas bagi meningkatkan kualiti hidup. Maklumat lanjut mengenai Jus Delima Bio Emas  boleh klik di link ini http://bioemas.com.my/bio-emas/

Di bawah ialah tertimoni penggunaan Jus Delima Bio Emas untuk kencing manis.

 

Detik awal proses rawatan luka kencing manis menggunakan Jus Delima Bio Emas

 

Sebelah kiri ialah luka kencing manis di bahu manakala kiri luka diatas buku lali

 

Selepas 3 minggu mengguna Jus Delima Bio Emas

 

Selepas 4/5 minggu mengguna Jus Delima Bio Emas

 

Selepas 6/7 minggu mengguna Jus Delima Bio Emas

 

Selepas 90 hari mengguna Jus Delima Bio Emas 100% luka sembuh

 

 

Menziarahi pengguna Jus Delima Bio Emas melihat sendiri proses penyembuhan luka kencing manis

 

Pesakit ini menurut anaknya telah mengidap kencing manis sudah 25 tahun diikuti penyakit buah pinggang dan matanya telah rabun

 

Kami mengambil sendiri gambar kesan penyembuhan luka oleh Jus Delima Bio Emas

 

Menantu yang menjaga dan merawat pesakit sangat gembira menceritakan pengalamannya menggunakan Jus Delima Bio Emas merawat ibu mertuanya.



Sila KLIK imej di bawah untuk mendengar mengenai Jus Delima Bio Emas


<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA