«

»

Aug 16

Tumit Kaki Merekah Atasi Dengan Stem Cell Bio Emas

Rupa tumit yang merekah pada umumnya tidak diambil kesah oleh lelaki sebaliknya ia sangat mengganggu bagi wanita terutama yang amat perihatin kepada kecantikan diri.

Adalah sangat indah bagi wanita memiliki sepasang tumit yang berkulit halus, licin serta berwarna kemerah-merahan lebih-lebih lagi bila berada di tempat awam. Masyarakat Melayu amat perihatin terhadap kecantikan anggota tubuh badan wanita.

Sebab itulah terciptanya pepatah Melayu – Tumitnya licin bagai telor dikupas – menggambarkan betapa masyarakat Melayu amat menyanjungi kecantikan khususnya di bahagian tumit.

Bukan sahaja tumit malah bahagian betis juga mendapat perhatian masyarakat Melayu dengan membandingkan betis yang cantik sebagai – umpama padi bunting.

Kekeringan pada kulit kaki bermakna kulit kaki menjadi kasar dan kelihatan kering. Selain itu dari kekeringan pada kaki dapat dilihat sebagai kaki yang seakan-akan bersisik (scaling) dan merekah.


tumit merekah / pecah

tumit cantik dan gebu

Stem Cell Plus Fiber 3 in 1 Bio Emas
Cantik di luar Sehat di dalam Slim di pandang

Serlahkan kecantikan anda

Rekahan pada kaki menunjukkan tahap dehidrasi kulit yang amat teruk. Liang-liang rekahan ini akan membolehkan bakteria memasuki ke dalam kulit dan menyebabkan jangkitan kuman.

Sebenarnya tiada bahaya bagi kaki yang kering kecuali ia menyebabkan masalah kosmetik. Ia lebih melambangkan seorang wanita itu tidak menjaga kebersihan dan kecantikannya. Pada hal, kaki juga adalah harta yang amat disayangi suami bila memandang isterinya.

Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah yang kronik seperti psoriasis, diabetis mellitus, hypothyroidism atau eczema, kekeringan pada kulit kaki selalunya disebabkan oleh kekurangan air yang sepatutnya berada pada lapisan kaki.

Kulit kaki yang normal mempunyai satu lapisan yang mengandungi air yang cukup. Lapisan ini penting untuk menjadikan kulit kaki lembut dan cantik. Oleh itu jika lapisan ini mengandungi air yang kurang, kaki akan menjadi kering dan kadang kala menjadi gatal.

Jadi pastikan air yang kita minum itu mencukupi. Di samping itu kaki yang terdedah ketika berjalan atau bekerja juga menyebabkan kaki menjadi kering.

Selain dari kulit kaki yang kering, tumit kaki juga boleh menjadi kering dan pecah. Malah tapak kaki juga boleh manjadi keras pada bahagian-bahagian tertentu jika tidak dijaga dengan baik. Kekerasan seperti ini dinamakan callus, akibat lapisan kulit tapak kaki menjadi mati. Jika dibiarkan ianya akan menyebabkan kesakitan apabila berjalan.

Kulit kaki saya ini memang sukar dirawat, doktor. Sudah pelbagai ubat dan rawatan saya usahakan. Namun ianya tidak berkesan

Adalah akui sesetengah penyakit sukar dirawat. Sebagai contoh, panau dan kurap mengambil masa antara 2-6 minggu untuk betul-betul sembuh. Jika rawatan tidak diberikan secukupnya, jangkitan yang disebabkan oleh fungus ini akan berulang. Oleh itu bersabarlah ketika merawat penyakit.

Ada pula sesetengah pesakit yang mmpunyai kaki yang lebih kering dari orang lain. Ia disebabkan oleh faktor baka. Jika kaki ahli keluarga juga kering, bermakna pengaruh baka menyebabkan kulit mempunyai lapisan yang mengandungi sedikit air dan mudah kering. Namun ia bukanlah alasan untuk membiarkannya. Jika kulit kaki tidak dijaga, ia boleh menyebabkan masalah jangkitan kuman dan fungal pula.

Bagitu juga jika seseorang bertambah umurnya, kulit kaki akan akan kehilangan keupayaan mengekalkan lapisan kulit yang mengandngi air ini.

Bagaimana Stem Cell Plus Fiber Bio Emas Boleh Merawat Tumit Merekah

Seperti yang diterangkan diatas, tumit yang merekah atau kematu disebabkan oleh sel-sel bahagian itu telah mati kerana kekurangan air.

Stem Cell Plus Fiber Bio Emas adalah kombinasi daripada Stem Cell Apple, Collagen, L-Glutathione, Vitamin C dan ekstrak super fruits yang akan mendorong badan kita mengganti sel-sel yang telah mati dengan sel-sel baru dengan segera.

Bahan-bahan tersebut mampu mempertingkatkan keupayaan badan menghasilkan sel-sel baru bukan sahaja untuk mengganti sel mati di tumit bahkan disemua organ badan manusia.

Apabila sel-sel yang mati pada tumit yang merekah dan kematu itu dinyahkeluar dan diganti dengan sel baru yang sehat maka dengan sendirinya proses pemulihan mula terlaksana.

Kesan penggunaan Stem Cell Plus Fiber Bio Emas akan mula dapat dilihat kira-kira 2 minggu selepas penggunaannya.

Selain pemulihan bahagian tumit yang merekah, pecah atau kematu, Stem Cell Plus Fiber Bio Emas juga akan menjadikan kulit anda di seluruh badan menjadi cerah, halus, gebu serta anjal dan menghilangkan kulit yang kusam.

Proses ini semua berlaku seiring dengan proses pemulihan kulit pada bahagian kaki.

Untuk maklumat lanjut mengenai Stem Cell Plus Fiber Bio Emas, sila klik di sini >>

Tip Menjaga Kaki:

  • Elakkan memakai kasut tanpa stokin atau menggunakan kasut yang yang tidak bertutup. Udara yang panas dan kering akan menyebabkan kulit bertambah kering.
  • Bila mandi gunakan air yang suam atau sejuk. Jangan menggunakan air panas terutama ketika membasuh kaki. Air panas menyebabkan air di kulit kaki tersejat.
  • Jangan mandi dan membersihkan kaki berlebih-lebihan kerana akan menanggalkan kelembapan asli pada kulit kaki.
  • Elak gunakan sabun yang terlalu kuat seperti dettol dan seumpamanya.
  • Amalkan merendamkan kaki dalam air yang sejuk atau suam selama 20 minit sebelum tidur kemudian sapukan Jus Delima Bio Emas yang juga boleh digunakan untuk menghaluskan kulit kaki.
  • Jika mengalami eczema, psoriasis, atau penyakit kulit yang ringan, boleh juga menyapukan Jus Delima Bio Emas di bahagian berkenaan.

 



Sila KLIK imej di bawah untuk mendengar mengenai Jus Delima Bio Emas


<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA