↑ Return to Delima

Kajian Jus Delima Mampu Mengawal Paras Gula Pesakit Kencing Manis

Walaupun keberkesanan jus delima terhadap keadaan kencing manis jenis 2 (T2D) telah sering dilaporkan, kajian klinikal yang memberi tumpuan kepada kesan jangka pendek kepada pemboleh ubah kencing manis yang berbeza masih diteruskan.

Satu kajian yang dijalankan oleh sepasukan yang terdiri dari 9 orang penyelidik daripada Department of Medical Laboratory Sciences, Jordan University of Science and Technology, Jordan yang diterbitkan pada Oktober 2014 telah membuktikan kemampuan jus delima mengawal paras gula darah pada pesakit kencing manis.

Penyelidik ini telah membuat hipotesis bahawa penggunaan jus delima oleh pesakit kencing manis T2D dapat mengurangkan rintangan terhadap insulin dan mengurangkan kadar serum glukosa (FSG), dalam masa 3 jam selepas pengambilan jus delima.

Kajian ini menunjukkan kesan langsung jus delima pada serum glukosa – FSG dan tahap insulin dalam pesakit kencing manis.

Pada kajian itu sampel darah dari 85 pesakit kencing manis jenis 2 dikumpulkan setelah puasa selama 12 jam, 1 dan 3 jam kemudian setelah pemberian jus delima sebanyak 1.5 mL per kg. berat badan. Selepas itu serum glukosa diukur berdasarkan kaedah standard menggunakan BS-200 Chemistry Analyzer (Shenzhen Mindray Bio-Medical Electronics Co Ltd, Shenzhen, China). Alat immunoassay yang digunakan secara komersil digunakan untuk mengukur insulin manusia.

Secara umumnya, keputusan menunjukkan penurunan serum glukosa – FSG, peningkatan fungsi sel-β, dan penurunan rintangan insulin di kalangan pesakit kencing manis yang menyertai kajian, 3 jam selepas pengambilan jus delima (P <.05).

Tindak balas hipoglikemik bergantung kepada tahap serum glukosa – FSG awal, kerana peserta dengan tahap serum glukosa – FSG yang lebih rendah (7.1-8.7 mmol / L) menunjukkan tindak balas hipoglikemik yang lebih besar (P <.05) berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap serum glukosa – FSG yang lebih tinggi (8.8-15.8 mmol / L) . Kesan jus delima juga tidak terjejas oleh jantina pesakit dan tiada halangan pada pesakit tua.

Sebagai kesimpulan, kajian ini menunjukkan beberapa galakan untuk pesakit kencing manis menggunakan jus delima sebagai sumbangan tambahan untuk mengawal tahap glukosa.

 



Sila KLIK imej di bawah untuk mendengar mengenai Jus Delima Bio Emas


<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA