↑ Return to Penyakit

Sakit Tulang Belakang

Sakit Tulang Belakang: Diagnosis Yang Popular

Spinal spondylosis ialah satu diagnosis yang popular dikalangan doktor untuk penyakit tulang belakang.

Diagnosis ini tidak membantu dalam rangka rawatan sakit belakang anda.

Sebenarnya ianya hanyalah satu terma umum yang merujuk kepada proses penuaan yang berlaku pada tulang belakang. Apa yang berlaku ialah proses kemerosotan struktur, intergriti dan fungsi pada beberapa struktur tulang belakang samada melibatkan sendi (artritis) cakera (slipped disc, sakit discogenik) ataupun pada tulang dan ligamen.

Contohnya bila cakera mengalami proses penuaan, kemerosotan yang berlaku dalam annulus fibrosis dan nucleus proposes didalamnya akan menjadikannya lemah dan tidak mampu menyokong berat badan.Bila dinding cakera lemah maka rekahan boleh berlaku.Tekanan yang kuat yang berlarutan ini seterusnya akan menjurus kepada cakera tergelincir melalui dinding yang lemah.

Sakit belakang dikalangan orang tua selalunya disebabkan oleh proses penuaan juga.Fakta ini dapat diterima dengan baik kerana sudah dijangka.Tapi kenapa pula proses penuaan pada tulang belakang kini berlaku pada orang muda? Kenapa kita boleh dapat penyakit tulang belakang yang serius diusia muda?

Apakah Penyebab utama penyakit tulang belakang dikalangan usia muda?

1.Proses penuaan sebelum waktunya.
Proses penuaan pada tubuh badan adalah disebabkan oleh proses oksidasi oleh radikal bebas.Radikal bebas ialah molekul organik yang tidak stabil yang berpunca dari beberapa proses metabolisma tubuh badan.

Contohnya melalui metabolisma sel lemak bagi pesakit kencing manis.Sebab itulah orang kencing manis akan mengalami proses penuan lebih cepat. Ia juga boleh dihasilkan bila tubuh terdedah pencemaran air dan udara, radiasi (nuklear), asap rokok, racun rumput dan serangga.

Sebenarnya kita tidak tahu makanan yang kita makan, air yang kita minum, udara yang kita sedut mungkin mempunyai bahan kimia yang boleh menggalakkan pembentukan radikal bebas ini. Asap rokok bukanlah segala-galanya.

Radikal bebas ini bukan saja dikaitkan dengan proses penuaan , malah juga dikaitkan dengan kecederaan organ, beberapa jenis penyakit (sakit jantung koronari) dan kanser.

________________________________________________________________________________________

Mengenai Jus Delima Bio EmasTM 

Jus Delima Bio Emas ialah Minuman Herba Campuran.

  • Khasiat semua buah-buah yang terkandung dalam produk Delima Bio EmasTMtelah melalui kajian klinikal dan saintifik yang telah dijalankan oleh pelbagai pehak dari serata dunia dan boleh dirujuk di laman web National Institutes of Health – NIH.
  • NIH memuatkan journal-journal serta artikel-artikel berkaitan penyelidikan atau penemuan berhubung dengan dunia perubatan dan menjadi rujukan kepada para pengamal perubatan, penyelidik, pesakit, penuntut dan profesional seluruh dunia.
  • Journal-journal serta artikel yang memuatkan hasil kajian saintifik ke atas bahan-bahan yang digunakan sebagai formulasi dalam JusDelima Bio EmasTM iaitu Ekstrak Delima, Anggur, Zaitun, Kurma, Aprikot, Manna dan Madu boleh semak di sini.
  • Sumber rujukan ini diterbitkan olehNational Institutes of Health – NIH, Amerika Syarikat dan Kanada dan juga universiti-universiti dan pusat penyelidekan yang berkenaan.
  • Mengenai Jus Delima Bio Emas – audio

Dengan adanya sumber maklumat yang berwibawa mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam Jus Delima Bio Emas, diharap ianya memberi panduan dan boleh menggunakanya mengikut tujuan yang bersuaian. Jus Delima Bio Emas juga mempunyai Sijil Pengesahan HALAL JAKIM.

GUNAKAN JUS DELIMA BIO EMAS TANPA WAS-WAS

________________________________________________________________________________________

Cara untuk memusnahkan radikal bebas ini ialah dengan mengambil banyak antioksidan. Antioksidan banyak terdapat sayuran dan buahan yang segar, terutamanya kerana kaya dengan vitamin E ,C dan beta karotin. Molekul antioksidan bertindak dengan cara menghalang radikal bebas dari mencederakan sel dan tisu badan.

Anti oksidan yang berpunca dari diet yang seimbang adalah lebih baik dari vitamin kerana ianya lebih mudah dihadam dan diserap oleh tubuh badan. Oleh itu, suplimen yang berasaskan sumber semulajadi seperti Jus Delima Bio Emas adalah merupakan satu contoh suplimen yang baik.

2. Kecederaan pada masa lalu.
Kecederaan pada masa lampau boleh mempercepatkan proses penuaan pada tubuh yang tercedera.Ini disebabkan tubuh yang tercedera itu sudah kurang stabil dan mengalami banyak tekanan.

Gejala kesakitan akan ketara setelah beberapa tahun selepas kemalangan berlaku.Contohnya bagi pesakit yang mengidap arthritis sendi facet pada bahagian tengkok selalunya dikaitkan dengan kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu.Manakala arthritis sendi lutut pada usia muda selalu dikaitkan dengan kecederaan lutut pada masa lampau.

3.Tabiat Gaya Hidup
Postur semasa duduk, berdiri dan berjalan yang tidak sihat, ergonomik tempat kerja yang tidak seimbang diantara penyebab sakit kronik di zaman moden ini.

Sesetengah profesion atau sukan memberikan penyakit yang agak spesifik kerana disebabkan oleh penggunaan sebahagian tubuh yang terhad tapi melampau.

Semuanya ini akan menggalakkan proses “wear & tear” ataupun proses penuaaan.

Disamping itu, sikap suka makan banyak dan makanan yang kaya karbohidrat dan lemak menyebabkan kegemukan. Sikap malas bersenam pula akan menambah lagi kepada masalah kegemukan disamping fungsi paru-paru dan jantung yang kurang cergas.

Diet yang tidak seimbang, terutamanya kurang serat akan menyebabkan sembelit disamping juga akan memusnahkan keseimbangan bakteria baik dan jahat pada usus besar. Akibatnya pengumpulan toksin berlaku yang seterusnya akan menggalakkan pembentukan radikal bebas yang bertanggungjawab kepada proses penuaan.

Tambahan pula kesibukan berkerja kadang-kadang mendorong kita untuk menangguh untuk buang air besar, ini akan memburukkan lagi keadaan.

Jika anda merokok atau mengambil minuman keras, keadaan akan menjadi lebih teruk lagi kerana ianya juga akan menggalakan pembentukan radikal bebas. Oleh itu jelas disini bahawa kebanyakan penyakit dizaman moden ini adalah disebabkan oleh life style atau gaya hidup yang tidak sihat.

Oleh itu sebahagian dari strategi rawatan ialah mengembalikan gaya hidup yang sihat.

4.Mempunyai penyakit/masalah perubatan lain.
Penyakit seperti kencing manis, sakit buah pinggang, autoimmune (SLE atau rheumatoid arthritis) adalah contoh dimana pesakit akan mengalami proses penuaan yang cepat.

Proses penuaan tidak semistinya berlaku di wajah tapi berlaku pada berbagai organ termasuklah pada tulang belakang. Gejala yang paling kerap dilihat ialah gejala arthritis.

Jus Delima Bio Emas Untuk Sakit Kronik

Jus Delima Bio Emas Jus Delima Terbaik

Maklumat formulasi Delima Bio Emas:

Asas pada rawatan kesakitan kronik

Kita tidak boleh hentikan proses penuaan kerana ianya satu proses semula jadi walaupun ianya berlaku agak perlahan.

Selagi kita hidup, kita akan menjadi semakin tua dari masa kesemasa.Tua menjadi kita lemah, sakit dan kurang produktif. Sudah tentu ini amat memberi masalah bagi pesakit diusia muda. Prinsip rawatan kesakitan kronik disini ialah mengawal kesakitan untuk kembali berkerja.

Apa yang lebih penting ialah; bila tidak sakit,kita boleh bergerak cergas, produktif dan gembira walaupun mengalami artritis ataupun cakera tergelincir. Kita tidak perlu risau penyakit yang kita alami asalkan kita tidak rasa sakit dan terus produktif. Caranya ialah mengawal rasa sakit dan melambatkan proses penuaan tersebut dengan pelbagai kaedah moden, mengambil suplemen yang sesuai, senaman, dan mengekalkan gaya hidup yang sihat.



Sila KLIK imej di bawah untuk mendengar mengenai Jus Delima Bio Emas


<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA