↑ Return to Penyakit

Sakit Saraf Akibat Diabetes

Seseorang yang mengalami sakit saraf akibat diabetes selalunya menderita tanpa rawatan berikutan sifatnya yang sukar untuk didiagnosis.

Keadaan ini menyebabkan pesakit lebih rela belajar menyesuaikan diri untuk hidup dengan menahan kesakitan dalam diam sepanjang hayat. Masalah yang menyakitkan akibat diabetes ini dikenali sebagai painful diabetic peripheral neuropathy (pDPN) atau lebih dikenali sebagai sakit saraf akibat diabetes – kencing manis.

pDPN adalah keadaan di mana pesakit diabetes mengalami kesakitan seperti pedih seperti dicucuk pin dan jarum atau seperti terkena tusukan pada kaki dan tangan.

Satu daripada lima pesakit diabetes menanggung penderitaan ini dan bilangan mereka terus meningkat. Disebabkan kesakitan ini dianggap peribadi, sukar mengenal pasti pDPN. Inilah yang menimbulkan cabaran dalam proses rawatan. Selain itu, kesedaran terhadap kesakitan neuropati amat kurang, lebih-lebih lagi apa yang dimaksudkan dengan neuropati periferi.

Menurut Profesor Bahagian Neurologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor K.J Goh, sistem saraf periferi atau peripheral nervous system (PNS) adalah satu daripada dua cabang utama sistem saraf. Satu lagi ialah sistem saraf pusat atau central nervous system (CNS) yang membentuk otak dan saraf tunjang.

Saraf dalam PNS menyambungkan CNS kepada organ deria seperti mata dan telinga serta organ badan yang lain misalnya otot, saluran darah dan kelenjar.

“Pesakit menanggung kesakitan neuropati apabila satu dan lebih banyak saraf mereka rosak. Banyak faktor menyumbang kepada kerosakan saraf. Ia boleh berpunca daripada gangguan, penyakit atau keadaan. pDPN adalah satu contoh kerosakan saraf disebabkan keadaan iaitu diabetes,” katanya kepada Sihat.
Antara gejala kesakitan neuropati termasuk kesakitan seperti terkena tusukan dan kepedihan, menggelenyar atau rasa kebas.

“Untuk melakukan diagnosis neuropati periferi, pesakit akan menjalani beberapa pemeriksaan neurologi untuk mengenal pasti punca dan sejauh mana kerosakan saraf,” tambah Prof Goh.

Sementara itu, Profesor Perubatan dan Pengarah Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, Datuk Dr Mafauzy Mohamed, pula menjelaskan pesakit diabetes tidak sepatutnya hidup dengan menanggung kesakitan.

“Kesan neuropati periferi akibat diabetes amat buruk dan sangat menyakitkan. Kesakitan ini menyukarkan kehidupan harian sebaliknya pengurusan kesakitan secara berkesan membolehkan pesakit yang mengalami keadaan ini membaiki kualiti hidup,” katanya.

Mengikut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Edisi Ketiga yang dikendalikan pada 2006, penularan diabetes meningkat kepada 14.9 peratus berbanding sedekad lalu di mana kadar penularan diabetes hanya 8.3 peratus.

Mengikut rekod, penularan diabetes di Malaysia meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu. Ini adalah kadar yang lebih cepat daripada ramalan Persekutuan Diabetes Antarabangsa. Perangkaan ini adalah selari dengan peningkatan dua kali ganda masalah berat badan berlebihan atau obesiti di kalangan penduduk.

Seramai 50 peratus daripada pesakit tempatan yang disahkan menghidap diabetes dalam enam hingga 10 tahun yang lalu didapati mengalami pDPN.

“Semua data penyelidikan menunjukkan kes diabetes global dan tempatan. Lama kelamaan penularan penyakit ini akan menyebabkan kerosakan saraf yang pasti akan menimbulkan komplikasi. Oleh itu, adalah penting untuk membantu pesakit diabetes menguruskan kesakitan yang ditimbulkan oleh komplikasi diabetes,” tambahnya.

pDPN boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Kesan penyakit ini sering menyukarkan pesakit untuk berjalan, tidur, bekerja dan menjejaskan mood dan aktiviti harian mereka. Disebabkan kesakitan adalah begitu subjektif dan menyentuh peribadi, pDPN selalunya kurang dilaporkan serta dirawat.

________________________________________________________________________________________

Mengenai Jus Delima Bio EmasTM 

Jus Delima Bio Emas ialah Minuman Herba Campuran.

  • Khasiat semua buah-buah yang terkandung dalam produk Delima Bio EmasTMtelah melalui kajian klinikal dan saintifik yang telah dijalankan oleh pelbagai pehak dari serata dunia dan boleh dirujuk di laman web National Institutes of Health – NIH.
  • NIH memuatkan journal-journal serta artikel-artikel berkaitan penyelidikan atau penemuan berhubung dengan dunia perubatan dan menjadi rujukan kepada para pengamal perubatan, penyelidik, pesakit, penuntut dan profesional seluruh dunia.
  • Journal-journal serta artikel yang memuatkan hasil kajian saintifik ke atas bahan-bahan yang digunakan sebagai formulasi dalam JusDelima Bio EmasTM iaitu Ekstrak Delima, Anggur, Zaitun, Kurma, Aprikot, Manna dan Madu boleh semak di sini.
  • Sumber rujukan ini diterbitkan olehNational Institutes of Health – NIH, Amerika Syarikat dan Kanada dan juga universiti-universiti dan pusat penyelidekan yang berkenaan.
  • Mengenai Jus Delima Bio Emas – audio

Dengan adanya sumber maklumat yang berwibawa mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam Jus Delima Bio Emas, diharap ianya memberi panduan dan boleh menggunakanya mengikut tujuan yang bersuaian. Jus Delima Bio Emas juga mempunyai Sijil Pengesahan HALAL JAKIM.

GUNAKAN JUS DELIMA BIO EMAS TANPA WAS-WAS

________________________________________________________________________________________

Seramai 58 peratus pesakit tidak menyedari bahawa kesakitan yang dialami mereka adalah disebabkan oleh diabetes. Justeru, pesakit diabetes perlu mendapatkan nasihat doktor dalam memilih rawatan yang betul untuk membantu menguruskan keadaan mereka yang menyakitkan.

April tahun lalu, Akademi Neurologi Amerika (AAN), Persatuan Perubatan Saraf Otot dan Elektrodiagnostik Amerika dan Akademi Perubatan Fizikal dan Pemulihan Amerika mengeluarkan laporan bersama yang menggariskan rawatan paling berkesan untuk melegakan kesakitan saraf akibat diabetes.

Menurut garis panduan itu, Pregabalin adalah satu-satunya rawatan tahap A yang disyorkan, berasaskan bukti kukuh yang menunjukkan Pregabalin berkesan merawat kesakitan saraf akibat diabetes.

Jus Delima Bio Emas Untuk Sakit Kronik

Jus Delima Bio Emas Jus Delima Terbaik

Maklumat formulasi Delima Bio Emas:



Sila KLIK imej di bawah untuk mendengar mengenai Jus Delima Bio Emas


<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA