Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung dan akan bersalin tidak lama lagi disarankan selalulah amalkanlah makan buah kurma beberapa minggu sebelum bersalin kerana kajian sains telah menunjukkan bahawa pengambilan kurma secara konsisten akan membantu memudahkan proses bersalin.
Buah kurma atau tamar telah dikaji tentang kepentingan dan potensinya dalam proses kehamilan dan kelahiran. Dalam kajian-kajian yang telah dijalankan, menunjukkan pengambilan buah kurma pada penghujung tempuh kehamilan iaitu beberapa minggu sebelum bersalin boleh membantu ibu mengandung lebih mudah bersalin kerana ia boleh membantu pintu rahim terbuka dan kembang dengan lebih mudah, dan dengan itu tidak perlu kepada proses kelahiran secara ‘induce’ atau secara paksa dengan ubatan.
Kajian oleh Al-Kuran O dari Universiti Science and Technology, Jordan juga menunjukkan pengambilan kurma boleh membantu wanita melahirkan dengan lebih mudah dan cepat prosesnya. Kajian yang melibatkan 69 peserta yang mengambil 6 biji kurma setiap hari selama 4 minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran didapati mempunyai kadar peluang 20% lebih tinggi melahirkan secara normal dan sakit bersalin bermula secara semulajadi. Disamping itu mereka juga lebih cepat melalui proses bersalinnya berbanding dengan seseorang bakal ibu yang tidak mengambil kurma langsung.
Satu Kajian klinikal telah dijalankan oleh Masoumeh Kordi dari hospital OmAlBanin di Mashhad, Iran. Kajian klinikal ini dijalankan di kalangan 182 wanita nulliparous berusia antara 18-35 tahun di hospital OmAlBanin di Mashhad, Iran pada tahun 2013.
Perbandingan telah dibuat antara 91 wanita hamil yang menggunakan 70-76g kurma setiap hari dari minggu ke 37 kehamilan dan 91 wanita hamil yang tidak mengambil kurma. Alat pengumpulan data adalah soal selidik dan senarai semak pengambilan tarikh harian. Data dianalisis menggunakan perisian Perisian Statistik untuk perisian Sains Sosial dan ujian statistik – ujian chi-square dan Mann-Whitney, dan nilai P
Mengikut keputusan kajian ini, mengambil kurma pada tempuh akhir kehamilan sangat efektif dalam mengurangkan tempuh panjang proses kelahiran dan mengurangkan keperluan oxytocin untuk pecutan melahirkan. Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengambil kurma pada wanita tanpa kontraindikasi.
________________________________________________________________________________________
Mengenai Jus Delima Bio EmasTM
Jus Delima Bio Emas ialah Minuman Herba Campuran.
- Khasiat semua herba yang terkandung dalam produk Delima Bio Emas ada kajian klinikal dan saintifik dan boleh dirujuk di laman web National Institutes of Health – NIH.
- Jus Delima Bio Emas mengandungi ekstrak Kurma. Sila klik Buah Kurmauntuk melihat kajian-kajian.
- Journal kajian saintifik ke atas bahan-bahan yang digunakan sebagai formulasi dalam Jus Delima Bio Emas boleh semak di sini.
______________________________________________________________________________________
Kajian oleh penyelidik tempatan daripada Department of Obstetrics and Gynaecology , University Malaya oleh Razali N kepada 154 orang ibu mengandung mendapati mereka yang mengamalkan mengambil kurma setiap hari beberapa minggu sebelum bersalin mempunyai risiko lebih rendah bersalin secara ‘induce’ atau secara paksa dengan ubat.
Ahli sains berpendapat kesan positif ini adalah kerana terdapat ‘bahan aktif’ (tannin) didalam buah kurma yang melekat kepada reseptor oksitosin dan ia menyerupai hormon oksitosin yang sebenar didalam tubuh yang penting untuk meransangkan proses bersalin yang normal. Hormon oksitosin ini adalah hormon yang bertanggungjawab menyebabkan kontraksi otot rahim semasa proses kelahiran.
Kurma mengandungi bahan yang dipanggil ‘tannin’ iaitu sejenis bahan yang didapati membantu menolong kontraksi otot rahim secara semulajadi. Kurma juga tinggi gula asli dan kalori yang akan memberikan tenaga segera kepada ibu semasa proses bersalin.
Kajian-kajian ini mengesahkan adalah sangat baik dan berpotensi besar untuk menjadi saranan kepada ibu hamil mengamalkan makan buah kurma pada minggu-minggu terakhir kehamilan.
Amalkan lah kurma kepada ibu-ibu yang hamil untuk memudahkan mereka melalui proses kelahiran yang lebih mudah, cepat dan selamat…