«

»

Oct 25

Kencing Manis – Peningkatan Gula Darah Boleh Diperlahan

Sejak berdekad lalu pesakit kencing manis – diabetes telah dilarang mengambil makanan manis yang diperbuat daripada gula ringkas.

Kini, pemahaman para penyelidik tentang terapi pemakanan pesakit kencing manis telah mula berubah selaras dengan peningkatan pengetahuan tentang indeks glisemik (GI).

Indeks glisemik adalah satu ukuran tentang kadar cepat atau lambat metabolisma karbohidrat makanan untuk ditukarkan kepada kepada gula darah di dalam tubuh.

Prinsip asas menyatakan bahawa makanan manis akan meningkatkan gula darah dengan cepat berbanding makanan berkanji. Ini memang benar seandainya makanan manis tersebut dimakan secara tunggal. Namun begitu, jika makanan manis tersebut dimakan bersama makanan seimbang tinggi serat, peningkatan gula darah dapat diperlahan. Selain serat, ada juga faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi kadar metabolisma gula, contohnya kaedah penyediaan sajian dan juga kandungan lemaknya.

Adalah benar jika dikatakan jenis karbohidrat yang berbeza akan memberi pengaruh yang berbeza terhadap gula darah. Namun begitu, pakar-pakar memberi pandangan bahawa  fokus utama patut diberikan kepada jumlah keseluruhan karbohidrat yang dimakan berbanding jenisnya. Ini kerana, jumlah karbohidrat yang dimakan mempunyai kesan yang lebih ketara kepada perubahan gula darah.

Oleh itu, saranan tentang pengambilan gula untuk mereka yang mempunyai pesakit kencing manis telah mula berubah. Ia telah bertukar daripada mengelakkan pengambilan makanan bergula kepada membenarkan  pengambilannya. Kaedah yang digunakan adalah melalui tukar ganti ke dalam sajian karbohidrat sedia ada. Melalui kaedah ini, penggunaan gula dalam amaun tertentu adalah dibenarkan dan ia tidak memberi kesan buruk kepada paras gula darah. Walau bagaimanapun, penggunaan gula dalam kuantiti yang berlebihan adalah tidak dibenarkan. Anda disarankan untuk mengekalkan pelan pemakanan sihat anda di samping meneruskan aktiviti fizikal secukupnya.

 

Gunakan Gula Dengan Bijak

Boleh mengambil makanan manis!  – merupakan berita gembira bagi mereka yang mengalami pesakit kencing manis.  Namun begitu, ia tidak bererti anda boleh mengambil gula sesuka hati. Kebanyakan makanan manis  mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi walaupun saiznya kecil. Selain itu, kebanyakan hidangan manis juga mengandungi lemak dan tinggi kalori berbanding buah-buahan atau makanan berkarbohidrat yang lain.  Oleh itu, kunci utama dalam pengambilan makanan manis adalah pengambilan secara sederhana.

Gula adalah sebahagian daripada karbohidrat walaupun  nilai nutriennya sangat sedikit. Jika mereka yang menghidap pesakit kencing manis membuat banyak  tukar ganti makanan tinggi gula di dalam sajian harian, mereka akan kekurangan bekalan karbohidrat tinggi nutrien yang diperlukan secukupnya untuk kekal sihat. Sebaliknya, diet seharian mereka akan dimonopoli oleh makanan berkalori kosong iaitu kalori tanpa  nutrien penting (nutrien yang terdapat dalam makanan sihat).

Ada di antara kita yang amat menggemari makanan manis dan agak bermasalah untuk mengelakkan pengambilannya. Dalam kes ini, anda boleh mengubah suai resipi kegemaran anda melalui sedikit inovasi dan kreativiti. Anda boleh menggantikan semua gula dengan bahan lain yang meningkatkan rasa, atau mengurangkan sebahagian kandungan gula di samping melebihkan kandungan seratnya. Pengambilannya adalah selamat untuk gula darah anda asalkan kandungan karbohidrat dan kalorinya masih di dalam julat pelan pemakanan sihat anda.

Bagaimanakah Pelan Makan Manis Secara Bijak?

Gula adalah sebahagian daripada karbohidrat dan termasuk di dalam kiraan pelan pemakanan mereka yang mengalami diabetes. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan menggantikan sebahagian daripada makanan tinggi nutrien anda disebabkan ia bersifat kalori kosong. Oleh itu, pengambilannya secara sederhana adalah disarankan.

Makan makanan manis dengan kuantiti yang kecil
  • Hanya menggantikan sebahagian makanan berkarbohidrat dalam sajian anda.
  • Pastikan anda membuang sebahagian porsi karbohidrat dalam sajian yang sama.
  • Tukarkan makanan anda yang mengandungi tinggi karbohidrat kepada yang lebih rendah (contohnya: dua senduk nasi goreng kepada sekeping lempeng) dan baki karbohidrat tersebut boleh digunakan untuk  tukar ganti makanan manis.
  • Mulakan Mulakan dengan separuh saiz makanan manis dan separuh lagi digantikan oleh buah-buahan.
Kurangkan lemak dalam sajian lain
  • Pastikan sajian lain dalam pelan pemakanan anda mengandungi  rendah lemak, seandainya makanan manis anda tinggi lemak dan gula.
Simpan keinginan memakan makanan manis semasa majlis sahaja
  • Tips sihat untuk penggemar makanan manis.
  • Fokus makanan seharian kepada yang lebih baik nilai nutriennya.
  • Makan makanan manis bersama dengan sajian lain berbanding dimakan secara tunggal.
  • Kongsi makanan manis anda dengan rakan.
  • Makan perlahan dan nikmati rasanya dengan puas, boleh mengelakkan pengambilan berlebihan.
Ubah suai resipi
  • Pilih makanan rendah atau tanpa lemak, atau boleh menambah jenis lemak yang lebih sihat kepada makanan manis.
  • Pilih makanan manis yang disediakan dengan rendah gula.
  • Boleh menggunakan gantian gula semulajadi atau pemanis tiruan, ia boleh memberi rasa manis dan mengurangkan kalori.
  • Cari kaedah untuk merawat kegemaran kepada makanan manis anda, contohnya minum buahan kisar tanpa gula bersama ais untuk menggantikan ais krim.

Bagaimana Membuat Tukar Ganti Gula Ke Dalam Sajian Anda?

Apabila anda ingin mengambil makanan manis, prinsip asas adalah untuk menukar ganti ia dengan makanan berkarbohidrat lain dalam sajian yang sama. Sebagai contoh, anda ada keinginan untuk makan bubur kacang hijau (tinggi gula dan lemak), anda boleh mengambilnya dalam amaun yang sedikit. Pada masa yang sama, anda perlu meninggalkan sajian buah-buahan yang sepatutnya anda ambil ketika itu. Sebagai tambahan maklumat, oleh kerana makanan manis anda mengandungi tinggi lemak, maka hidangan lauk-pauk anda harus disediakan secara kurang lemak.

Berikut adalah langkah-langkah menukar ganti makanan manis ke dalam sajian :

  1. Pertama, kenal pasti kumpulan karbohidrat dalam sajian anda.

  2. Kemudian, buat keputusan tentang karbohidrat mana yang anda akan pilih untuk ditukar ganti dengan makanan manis yang anda inginkan. Anda boleh merujuk kepada senarai kandungan karbohidrat berikut : Cooked dishes – Malaysian Kuih. Label pemakanan yang ada pada pembungkus makanan juga boleh digunakan sebagai panduan untuk menganggarkan kandungan karbohidrat dalam sajian tersebut.

  3. Akhir sekali, tukar gantikan makanan manis anda ke dalam sajian. Anda boleh merujuk kepada senarai pertukaran karbohidrat. Ia adalah pertukaran yang seragam dan jumlah karbohidrat sajian anda tidak langsung berubah.

 

Senarai Kuih-Muih Malaysia

NAMA KUIH SAIZ SATU HIDANGAN (G) TENAGA (KCAL) KARBOHIDRAT (G) PROTEIN (G) LEMAK (G)
Chee Pah 55 166 28 4 4
Dodol 30 50 10.4 0.4 0.7
Kuih Bom 44 148 20.2 2.5 6.4
Buah Melaka 15 30 6.7 0.5 0.2
Kasui 96 155 32.9 2.2 1.6
Koci Pulut Hitam 50 100 20 2.9 1.0
Lapis 100 152 33.1 2.2 1.2
Lompang 50 68 15.4 1.3 0.2
Lopes Pulut 65 132 28.3 1.5 1.4
Seri Muka 96 187 34.9 3.5 3.7
Tepung Pelita 74 101 22.6 1.6 0.5
Lor Mai Fan 190 422 77.2 9.7 8.2
Pulut Panggang 50 111 18.2 2 3.4
Putu Piring 55 129 25.3 1.6 2.4
Putu Bamboo 35 91 14.5 1.9 2.8
Tapai Pulut 30 50 11.4 1.1 0
Kek biasa (plain) 23 100 13.2 1.6 4.6
Donat 74 264 41.8 7 7.7
Keria 31 73 14.8 0.8 1.2
Pau Kacang 50 139 28 3 2
Apam 40 77 18 1 0.2
Apam Balik 229 562 100.3 13.8 11.5
Ketayap 53 115 17 2.2 4.2
Bingka Ubi Kayu 80 178 35 1.4 3.6
Cokodok Pisang 30 76 13.7 1.2 1.9
Kasturi 45 111 17.2 3.1 3.3
Laddu 53 234 29.2 3.4 11.6
Lepat Pisang 116 238 48.4 3.4 3.4
Lepat Ubi 79 165 38.8 0.8 0.6
Mysore Pak 90 347 73.8 5.4 3.2

Ehsan : Atlas Makanan – Saiz Pertukaran dan Porsi 2009

 

Rujukan :

  1. Malaysians’ Dietitian Association (2005). Medical nutrition therapy guidelines for Type 2 Diabetes.
  2. American Diabetes Association(2010). Clinical Practice Reccomendations. Retrieved October 15, 2012, from http://www.diabetes.org
  3. “Nutrition Recommendations and Interventions for Diabetes”.  American Diabetes Association.  Diabetes Care. 2008;31(suppl 21):S61-S78.
  4. Mayo Clinic.  Diabetes nutrition: Including sweets in your meal plan. Retrieved September 21, 2012, from http://www.mayoclinic.com/

Sumber: Myhealth

 

Ingin Tahu Mengenai Jus Delima Bio Emas?

Jus Delima Bio Emas ialah Minuman Herba Campuran.

Khasiat semua buah-buah yang terkandung dalam produk Delima Bio Emas telah melalui kajian klinikal dan saintifik yang telah dijalankan oleh pelbagai pehak dari serata dunia dan boleh dirujuk di laman web National Institutes of Health – NIH.

NIH memuatkan journal-journal serta artikel-artikel berkaitan penyelidikan atau penemuan berhubung dengan dunia perubatan dan menjadi rujukan kepada para pengamal perubatan, penyelidik, pesakit, penuntut dan profesional seluruh dunia.

Journal-journal serta artikel yang memuatkan hasil kajian saintifik ke atas bahan-bahan yang digunakan sebagai formulasi dalam Jus Delima Bio Emas iaitu Ekstrak Delima, Anggur, Zaitun, Kurma, Aprikot, Manna dan Madu boleh semak di sini.

Sumber rujukan ini diterbitkan oleh National Institutes of Health – NIH, Amerika Syarikat dan Kanada dan juga universiti-universiti dan pusat penyelidekan yang berkenaan.

Dengan adanya sumber maklumat yang berwibawa mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam Jus Delima Bio Emas, diharap ianya memberi panduan dan boleh menggunakanya mengikut tujuan yang bersuaian. Jus Delima Bio Emas juga mempunyai Sijil Pengesahan HALAL JAKIM.

GUNAKAN JUS DELIMA BIO EMAS TANPA WAS-WAS



Sila KLIK imej di bawah untuk mendengar mengenai Jus Delima Bio Emas


<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA

check out this adidas yeezy boost 350 v2 peyote sample adidas yeezy boost 350 v2 peyote adidas yeezy boost 350 v2 peyote sample adidas yeezy boost 350 v2 peyote adidas yeezy 350 boost v2 earth sample adidas yeezy boost 350 v2 earth confirmed earth adidas yeezy boost 350 v2 sample fake adidas yeezy boost 350 v2 earth adidas yeezy boost 350 v2 earth adidas yeezy boost 350 v2 white size info adidas yeezy boost 350 v2 peyote sample adidas yeezy boost 350 v2 solar red adidas confirmed app adidas yeezy 350 boost beluga adidas yeezy boost 350 v2 store list adidas yeezy boost 350 v2 adidas yeezy boost 350 v2 beluga confirmed release date adidas yeezy boost 350 v2 beluga solar red yeezy boost 350 v2 grey orange nice kicks dtla adidas yeezy boost 350 v2 release yeezy surprises buy adidas yeezy boost 350 v2 online
adidas nmd xr1 blue camo release date adidas nmd xr1 blue camo coming soon adidas nmd xr1 blue camo release date adidas nmd xr1 bape camo custom kendras customs bape adidas nmd release date offspring adidas nmd offspring adidas nmd r1 offspring adidas nmd collaboration offspring x adidas nmd offspring adidas nmd offspring x adidas nmd collaboration drops friday adidas nmd xr1 magenta release date adidas nmd xr1 magenta adidas nmd xr1 magenta release date adidas nmd xr1 magenta adidas nmd trail size exclusive release date adidas nmd r1 trail release date adidas nmd r1 trail size exclusive release date adidas nmd r1 trail release date adidas nmd r1 trail size exclusive drops weekend