«

»

Sep 30

Kecacatan Tulang Tengkorak Atau Craniosynostosis

Craniosynostosis adalah keadaan di mana tulang-tulang pada tengkorak bayi dicantumkan lebih awal melalui proses ossification, yang mana akan menyebabkan pembesaran tulang tengkorak menjadi tidak normal. Akhirnya menyebabkan bentuk kepala bayi dan muka menjadi tidak normal. (Cranial sutures: a brief review. Slater BJ. et al. Plast Reconstr Surg. 2008)

Apabila pencantuman secara premature berlaku, ruang dalam tengkorak menjadi kecil dan sempit sedangkan otak yang semakin membesar (apabila bayi semakin membesar), lalu mengalami tekanan (intracranial pressure) yang tinggi dan menyebabkan bayi akan mengalami masalah penglihatan, menjejaskan perkembangan mental dan IQ. Namun semua ini bergantung kepada individu, ada yang mengalami secara teruk dan ada yang mengalaminya secara sederhana.

Craniosynostosis berlaku dalam setiap 2000 kelahiran. Dalam 15-40% kes, ia adalah sebahagian dari penyakit (syndrome) yang lain. Ini bermakna craniosynostosis adalah sebahagian dari penyakit.

Puncanya berlaku masalah ini belum diketahui dengan pasti. Bagi saya ini adalah bukti kekuasaan ALLAH.
Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Surah Luqman: Ayat 11)

Namun begitu doctor dan penyelidik memberikan beberapa teori. Antaranya mengatakan bahawa semasa hamil, kepala bayi dalam kedudukan yang sempit merangsangkan percantuman tulang-tulang tengkorak bayi.

Saintis juga mengatakan ibu hamil yang merokok dan terdedah pada bahan kimia amine boleh meningkatkan risiko mendapat masalah ini. (Craniosynostosis and maternal smoking. Carmicheal SL et al. Birth Defects Res A Clin Mol Teratol. 2008 Feb;82(2):78-85)

Penyakit hyperthyroid pada ibu yang hamil juga boleh menyebabkan masalah ini. (Premature craniosynostosis: A common complication of juvenile thyrotoxicosis. Johnsonbaugh RE et al. J Pediatr. 1978 Aug;93(2):188-91)

Para saintis telah mendapat bukti yang lebih kuat bahawa msalah ini disebabkan oleh masalah genetic, yang terdapat dalam gen fibroblast growth factor receptor 3 (FGFR3) dan gen TWIST. (Molecular analysis of patients with synostotic frontal plagiocephaly (unilateral coronal synostosis). Mulliken JB. et al. Plast Reconstr Surg. 2004 Jun;113(7):1899-909)

__________________________________________________________________________________

Mengenai Jus Delima Bio Emas TM 

Jus Delima Bio Emas ialah Minuman Herba Campuran.

  • Khasiat semua buah-buah yang terkandung dalam produk Delima Bio EmasTM telah melalui kajian klinikal dan saintifik yang telah dijalankan oleh pelbagai pehak dari serata dunia dan boleh dirujuk di laman web National Institutes of Health – NIH.
  • NIH memuatkan journal-journal serta artikel-artikel berkaitan penyelidikan atau penemuan berhubung dengan dunia perubatan dan menjadi rujukan kepada para pengamal perubatan, penyelidik, pesakit, penuntut dan profesional seluruh dunia.
  • Journal-journal serta artikel yang memuatkan hasil kajian saintifik ke atas bahan-bahan yang digunakan sebagai formulasi dalam JusDelima Bio Emas TMiaitu Ekstrak Delima, Anggur, Zaitun, Kurma, Aprikot, Manna dan Madu boleh semak di sini.
  • Sumber rujukan ini diterbitkan oleh National Institutes of Health – NIH, Amerika Syarikat dan Kanada dan juga universiti-universiti dan pusat penyelidikan yang berkenaan.

Dengan adanya sumber maklumat yang berwibawa mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam Jus Delima Bio Emas, diharap ianya memberi panduan dan boleh menggunakanya mengikut tujuan yang bersuaian. Jus Delima Bio Emas juga mempunyai Sijil Pengesahan HALAL JAKIM.

GUNAKAN JUS DELIMA BIO EMAS TANPA WAS-WAS

 _________________________________________________________________________________

Gen ‘Fibroblast growth factor’ dan ‘fibroblast growth factor receptors’ yang bertanggungjawab dalam perkembangan tulang bayi semenjak dalam rahim lagi. (Genetics of craniosynostosis. Kimonis V et al. Semin Pediatr Neurol. 2007 Sep;14(3):150-61)

Oleh itu ia mungkin berulang jika seorang wanita pernah melahirkan anak yang mengalami masalah craniosynostosis sebelum ini. (“management considerations in the treatment of craniosynostosis”. Persing et al.Plast Reconstr Surg. 2008 Apr;121(4 Suppl):1-11)

Cara menentukan diagnose yang tepat dapat dilakukan dengan pemeriksaan CT san kepala. Selain melihat percaantuman tulang-tulang tengkorak ini, CT scan juga membantu doktor melihat kecacatan yang melibatkan otak bayi. (Value of computed tomography in the evaluation of craniosynostosis. Goldstein SJ et el. Comput Radiol. 1982 Nov-Dec;6(6):331-6)

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad



Sila KLIK imej di bawah untuk mendengar mengenai Jus Delima Bio Emas


<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA