Kesakitan akibat gout sangat teruk sehinggakan sehelai kertas tisu sekiranya diletakkan di atas kaki yang terkena gout menyebabkan pesakit menjerit kesakitan.
Lebih daripada 70% pesakit gout menghidapinya di kawasan berhampiran ibu jari pada kali pertama, tetapi gout boleh berlaku di mana mana kawasan sendi seperti lutut, siku dan tumit. Gout yang teruk boleh menyebabkan masalah sendi dan ketumbuhan sejenis bahan keras seperti tulang dipanggil “tophi” – (sebutan tofai). Bonjolan ini boleh tumbuh dimana mana termasuk siku dan telinga.
Uric acid yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah batu karang dan kerosakan buah pinggang yang akhirnya menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.
Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian
Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang. Dari segi ubat-ubatan, ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau voltaren (Diclofenac) boleh mengurangkan kadar kesakitan dan mengurangkan inflamasi.
Ia biasanya diambil bersama colchicine. Colchicine perlu diambil setiap 3 jam sehingga sakit berkurang atau pesakit timbul rasa cirit birit. Ketika itu baru kesannya dapat dilihat. Allopurinol (zyloric) adalah sejenis ubat untuk mengurangkan kadar uric acid di dalam badan. Ia mengurangkan kadar penukaran purine kepada uric acid dan seklaigus mengurangkan risiko untuk terkena gout. Walaubagaimanapun, Allopurinol tidak boleh diambil ketika mengalami serangan gout.
Sekiranya diambil ketika serangan maka kesakitan boleh menjadi bertambah teruk. Sekiranya anda terkena serangan gout, maka makan ubat tahan sakit dan colchicine, selepas tidak lagi sakit, maka anda boleh memulakan semula ubat allopurinol.
Anda juga dinasihatkan membuat pemeriksaan darah untuk uric acid dan juga buah pinggang.
Kandungan protein yang tinggi di dalam makanan senaraikan di bawah akan ditukarkan ke satu bahan di dalam badan dipanggil “Purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil Uric Acid. Uric Acid yang tinggi kemudiannya membentuk kristal dan melekat di kawasan sendi-sendi dan menyebabkan kesakitan.
- Daging merah
- Organ dalaman – hati, limpa, paru-paru, pedal, perut
- Telur – Telur ayam, telur itik, telur puyuh, telur ikan
- Makanan laut – udang, ketam, sotong, ikan bilis (ikan biasa terkecuali)
- Kacang-kacang – kacang tanah, kacang panjang, kacang dhal, kacang buncis.
Kesakitan akibat gout terjadi disebabkan oleh:
- lekatan uric acid itu sendiri di sendi2 yang terlibat dan
- Inflamasi atau radang di sekeliling kawasan yang terlibat yang menyebabkan kemerah-merahan, bengkak dan sedikit panas.
Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk.
Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk.
Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Bagi mencegah atau sebagai bantuan kecemasan, minumlah Jus Delima Bio Emas kerana Jus Delima Bio Emas akan menstabilkan paras asid urik dalam darah.
Bagaimana pun suka dinyatakan bahawa pada beberapa hari pertama minum Jus Delima Bio Emas, kemungkinan tahap sakit akan naik lebih sedikit daripada biasa. Namu jangan berhenti minum sehinggalah rasa sakit mereda dengan sendiri selepas 6 atau 7 hari.