«

»

Oct 15

Jangkitan Pada Saluran Kencing

  • Jangkitan saluran kencing adalah penyakit biasa di kalangan warga emas.
  • Jangkitan di mana-mana bahagian saluran kencing dikenali sebagai Jangkitan Saluran Kencing.
  • Diagnosa, pencegahan dan rawatan untuk golongan warga emas mungkin susah kerana gejala-gejala jangkitan kurang ketara dan daya pertahanan badan berkurangan dengan peningkatan umur.
  • Kebanyakan Jangkitan Saluran Kencing boleh diubati dengan mudah dan berkesan.

Penyebab-penyebab

  • Kuman yang menyebabkan Jangkitan Saluran Kencing selalunya berasal dari kulit berhampiran dengan pembukaan saluran kencing keluar badan (uretra).
  • Kaum wanita lebih senang dijangkiti oleh Jangkitan Saluran Kencing kerana mereka mempunyai saluran kencing keluar badan (uretra) yang lebih pendek berbanding dengan kaum lelaki. Oleh itu, kuman boleh sampai ke pundi kencing dengan lebih mudah kerana jarak yang pendek.
  • Kaum wanita yang lebih tua lebih mudah mendapat Jangkitan Saluran Kencing kerana pengurangan paras hormon (estrogen) selepas putus haid boleh mengakibatkan penipisan dinding saluran kencing keluar badan (uretra) dan melemahkan pertahanannya terhadap jangkitan.
  • Untuk kaum lelaki yang lebih tua, kelenjar prostat boleh membengkak (satu keadaan dikenali sebagai Pembengkakan Kelenjar Prostat Bukan Kanser) dan boleh menekan ke atas saluran kencing keluar badan (uretra) dan mengganggu pengaliran air kencing. Kelenjar prostat mungkin juga boleh dijangkiti dan kuman boleh merebak dari kelenjar prostat ke saluran kencing.
  • Pengaliran air kencing dari pundi kencing mungkin menjadi luar biasa disebabkan oleh otot pundi kencing yang mengecut dengan lemah atau saraf yang mengawal pundi kencing rosak.
  • Prosedur perubatan yang memerlukan tiub dimasukkan ke dalam saluran kencing boleh menambahkan risiko Jangkitan Saluran Kencing.
  • Jarang-jarang sekali, kuman dari jangkitan di tempat lain pada badan seseorang boleh menjangkiti buah pinggang melalui darah mengakibatkan jangkitan buah pinggang.

Jenis-jenis kuman

  • Escherichia coli adalah kuman yang paling kerap menyebabkan Jangkitan Saluran Kencing.
  • Kuman lain seperti Klebsiella, Enterobacter, Proteus, Pseudomonas, Enterococcus dan Staphylococcus juga boleh menyebabkan jangkitan.
  • Kulat (seperti Candida) dan virus jarang menjadi punca jangkitan.

Gejala / Tanda

  • Sakit semasa kencing, kencing lebih kerap, terutamanya waktu malam (nocturia) dan berasa terdesak ke tandas semasa ingin kencing (urgency).
  • Mungkin mengakibatkan kencing terkeluar di luar kawalan disebabkan oleh pesakit berasa terdesak semasa ingin kencing.
  • Demam jarang terjadi kecuali jangkitan tersebut telah merebak ke bahagian atas saluran kencing atau merebak ke dalam darah.
  • Sakit di bahagian belakang atau tepi badan mungkin disebabkan oleh jangkitan buah pinggang (pyelonephritis).
  • Kekeliruan mungkin terjadi terutamanya jika pesakit mempunyai demam yang tinggi.
  • Air kencing mungkin berbau busuk atau kelihatan keruh atau berdarah.
  • Kadang-kala, tiada sebarang gejala walaupun kuman berada di dalam pundi kencing. Ini dikenali sebagai “asymptomatic bacteriuria”.

Diagnosa

  • Doktor selalunya mengesyaki Jangkitan Saluran Kencing berdasar kepada gejala sahaja.
  • Ujian ke atas air kencing akan mengesahkan diagnosa.
  • Sampel air kencing diperolehi selepas kulit di sekeliling saluran kencing keluar badan (uretra) dibersihkan, lalu air kencing dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang bersih.
  • Air kencing akan diuji dengan kertas ujian untuk mengesan nitrites (sejenis bahan yang dikeluar oleh kuman) dan sel darah putih dalam air kencing.
  • Air kencing boleh dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah teropong halus (microscope) untuk mengesan kehadiran sel darah putih dan kuman atau membiak kuman tersebut untuk mengenalpasti jenis kuman (urine culture).
  • Ujian darah (Full blood count) boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran bilangan sel darah putih yang banyak, mungkin merupakan salah satu tanda jangkitan.
  • Ujian darah boleh dilakukan untuk membiak kuman dan mengesan kuman yang telah merebak dari saluran kencing ke saluran darah (blood culture).
  • Warga emas dengan Jangkitan Saluran Kencing yang berulang mungkin memerlukan ujian tambahan seperti mengukur saki-baki air kencing di dalam pundi kencing selepas seseorang itu selesai kencing (residual urine).
  • Jangkitan Saluran Kencing yang berulang perlu dinilai dengan pemeriksaan ke atas struktur sistem saluran kencing dengan ujian tertentu seperti ultrasound scan.

Komplikasi

  • Adakala, kuman-kuman boleh merebak dari pundi kencing melalui salah satu ureter (iaitu saluran kencing dari pundi kencing ke buah pinggang) dan mengakibatkan jangkitan yang lebih teruk pada buah pinggang (pyelonephritis).
  • Sekali-sekala, Jangkitan Saluran Kencing boleh merebak ke dalam darah (sepsis), mengakibatkan komplikasi yang lebih teruk dan mungkin juga membawa kematian.

Rawatan

  • Jangkitan Saluran Kencing yang mempunyai gejala akan dirawat dengan ubat antibiotik.
  • Jika kulat merupakan punca jangkitan, ubat untuk merawat kulat akan digunakan.
  • Jika seseorang mempunyai Jangkitan Saluran Kencing tetapi tidak mempunyai sebarang gejala, rawatan biasanya tidak diperlukan.
  • Antibiotik selalunya diberi melalui mulut.
  • Untuk rawatan Jangkitan Buah Pinggang (pyelonephritis), antibiotik selalunya diberi melalui jarum yang dimasukkan terus ke dalam saluran darah. Pesakit dengan Diabetes, sistem daya tahan badan yang lemah, atau sebarang gangguan yang boleh menyekat pengaliran air kencing mungkin memerlukan rawatan antibiotik yang berpanjangan untuk membunuh segala jangkitan.
  • Pembedahan atau prosidur lain mungkin perlu untuk melegakan sekatan fizikal ke atas pengaliran air kencing atau membetulkan struktur yang luar biasa di sistem saluran kencing.
  • Mengalir keluar air kencing dari bahagian saluran air kencing yang tersumbat boleh membantu mengawal jangkitan dan mencegah kerosakan buah pinggang.

Jangkitan Saluran Kencing yang berulang

  • Jangkitan Saluran Kencing selalunya mudah dirawat dengan ubat.
  • Walau bagaimanapun, jangkitan saluran kencing yang seterusnya boleh terjadi jika kuman tidak dibunuh sepenuhnya dari saluran kencing semasa rawatan.
  • Jangkitan kali kedua disebabkan oleh kuman yang sama dikenali sebagai jangkitan berulang.
  • Jangkitan disebabkan oleh satu jenis kuman boleh diikuti dengan jangkitan kuman yang lain dengan cepatnya.
  • Salah satu punca kejadian jangkitan berulang ialah kegagalan mengambil antibiotik untuk tempoh yang betul atau dos yang mencukupi untuk membunuh semua kuman dari saluran kencing.
  • Jangkitan berulang boleh terjadi bila struktur yang luar biasa di saluran kencing berkekalan.

Pencegahan

  • Mempertingkatkan kebersihan diri dan menambah pengambilan cecair boleh membantu mencegah kejadian Jangkitan Saluran Kencing.
  • Jika tiub dimasukkan ke dalam saluran kencing, ia perlu dikeluarkan secepat mungkin jika boleh untuk mencegah jangkitan.

Ingin Tahu Mengenai Jus Delima Bio Emas?

Jus Delima Bio Emas ialah Minuman Herba Campuran.

  • Khasiat semua buah-buah yang terkandung dalam produk Delima Bio Emas telah melalui kajian klinikal dan saintifik yang telah dijalankan oleh pelbagai pehak dari serata dunia dan boleh dirujuk di laman web National Institutes of Health – NIH.
  • NIH memuatkan journal-journal serta artikel-artikel berkaitan penyelidikan atau penemuan berhubung dengan dunia perubatan dan menjadi rujukan kepada para pengamal perubatan, penyelidik, pesakit, penuntut dan profesional seluruh dunia.
  • Journal-journal serta artikel yang memuatkan hasil kajian saintifik ke atas bahan-bahan yang digunakan sebagai formulasi dalam Jus Delima Bio Emas iaitu Ekstrak Delima, Anggur, Zaitun, Kurma, Aprikot, Manna dan Madu boleh semak di sini.
  • Sumber rujukan ini diterbitkan oleh National Institutes of Health – NIH, Amerika Syarikat dan Kanada dan juga universiti-universiti dan pusat penyelidekan yang berkenaan.

Dengan adanya sumber maklumat yang berwibawa mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam Jus Delima Bio Emas, diharap ianya memberi panduan dan boleh menggunakanya mengikut tujuan yang bersuaian. Jus Delima Bio Emas juga mempunyai Sijil Pengesahan HALAL JAKIM.

GUNAKAN JUS DELIMA BIO EMAS TANPA WAS-WAS



Sila KLIK imej di bawah untuk mendengar mengenai Jus Delima Bio Emas


<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA

check out this adidas yeezy boost 350 v2 peyote sample adidas yeezy boost 350 v2 peyote adidas yeezy boost 350 v2 peyote sample adidas yeezy boost 350 v2 peyote adidas yeezy 350 boost v2 earth sample adidas yeezy boost 350 v2 earth confirmed earth adidas yeezy boost 350 v2 sample fake adidas yeezy boost 350 v2 earth adidas yeezy boost 350 v2 earth adidas yeezy boost 350 v2 white size info adidas yeezy boost 350 v2 peyote sample adidas yeezy boost 350 v2 solar red adidas confirmed app adidas yeezy 350 boost beluga adidas yeezy boost 350 v2 store list adidas yeezy boost 350 v2 adidas yeezy boost 350 v2 beluga confirmed release date adidas yeezy boost 350 v2 beluga solar red yeezy boost 350 v2 grey orange nice kicks dtla adidas yeezy boost 350 v2 release yeezy surprises buy adidas yeezy boost 350 v2 online
adidas nmd xr1 blue camo release date adidas nmd xr1 blue camo coming soon adidas nmd xr1 blue camo release date adidas nmd xr1 bape camo custom kendras customs bape adidas nmd release date offspring adidas nmd offspring adidas nmd r1 offspring adidas nmd collaboration offspring x adidas nmd offspring adidas nmd offspring x adidas nmd collaboration drops friday adidas nmd xr1 magenta release date adidas nmd xr1 magenta adidas nmd xr1 magenta release date adidas nmd xr1 magenta adidas nmd trail size exclusive release date adidas nmd r1 trail release date adidas nmd r1 trail size exclusive release date adidas nmd r1 trail release date adidas nmd r1 trail size exclusive drops weekend