«

»

Apr 01

Jangan Takut Makan Telur, Tiada Bukti Kaitannya Dengan Penyakit Jantung Dan Kolestrol

Telur selalu dikaitkan sebagai punca kepada masalah jantung dan kolesterol tinggi.

Dalam tahun 2015 USDA Dietary Guidelines Advisory Committee telah menarik balik gesaan mengurangkan kolesterol dalam makanan seperti telur. Ini berikutan kerana terlalu banyak kajian sains telah menunjukkan makan makanan berkolesterol tinggi seperti telur tidak meningkatkan risiko penyakit jantung dan juga tidak meningkatkan paras kolesterol.

Telur sememangnya mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi, tetapi ia tidak menyebabkan kolesterol dalam darah meningkat dengan banyak. Terdapat banyak kajian yang merumuskan bahawa, makan telur adalah baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi pelbagai khasiat zat makanan yang tinggi.

http://bioemas.com.my/menghindari-gejala-faraj-kering-delima-bio-emas/image001-29/

Telor tiada kaitan dengan penyakit jantung

Kajian epidemioloji yang mengkaji jumlah populasi yang besar tentang pemakanan dan kesihatan telah mendapati tiada kaitan secara lansung diantara pemakanan telur dan risiko sakit jantung sebagaimana dalam satu kajian pada tahun 2007 yang dijalankan oleh University of Medicine & Dentistry, New Jersey yang melibatkan seramai 9734 orang menunjukkan bahawa makan telur tidak meningkatkan risiko strok, sakit jantung koronari apabila seseorang makan lebih dari 6 biji telur seminggu.

Para penyelidik membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat kaitan diantara pengambilan telur setiap hari dengan penyakit kardiovaskular yang mana ia juga menunjukkan kaitan yang lemah diantara paras kolesterol yang tinggi dengan pengambilan telur.

Satu laporan yang diterbitkan dalam British Medical Journal (BMJ) dalam bulan Januari 2013 oleh sekumpulan saintis dari Huazhong University of Science and Technology yang menganalisa semula 17 kajian tentang kaitan diantara telur dan kolesterol. Kesimpulan yang diberikan oleh mereka adalah makan telur setiap hari adalah baik dan tidak berkaitan dengan peningkatan risiko sakit jantung atau stroke kepada seseorang yang sihat.

Kajian terbaru ini menunjukkan, saranan untuk mengurangkan pengambilan telur untuk menurunkan paras kolesterol adalah sesuatu yang kurang tepat.

Kajian-kajian penilaian semula terhadap dakwaan kaitan telur dengan penyakit jantung telah mendapati dakwaan tersebut tidak tepat dan ditolak. Richard C [1] dari University of Alberta Canada, Geiker NRW [2] dari University Hospital Herlev-Gentofte Denmark, Xu L [3] Yat-sen University, China melalui kajian semula mereka tidak menemui bukti kukuh bahawa telur adalah penyebab penyakit jantung. Maklumat kebih banyak mengenai perkara ini boleh dilihat di sini

Satu fenomena yang agak menarik adalah jika telur menjadi punca masalah kolesterol dan sakit jantung koronari sudah pasti masyarakat dalam negara-negara yang pengambilan telur paling tinggi akan mendapat masalah sakit jantung tertinggi, tetapi realitinya jauh bertentangan.

Ini adalah kerana negara paling tinggi pemakanan tinggi dengan telur adalah Jepun iaitu secara puratanya 328 telur setahun setiap seorang di Jepun dan di ikuti dengan Sepanyol dan Peranchis. Ketiga-tiga negara ini mempunyai kadar penyakit jantung paling rendah dalam dunia.

Pada tahun 1999, Prof Hu dan saintis daripada Harvard School of Public Health telah melaporkan dalam The Journal of the American Medical Association (JAMA) berdasarkan analisis data-data daripada kajian Nurses Health Study dan Health Professionals Follow-Up Study menunjukkan tiada kaitan secara lansung diantara pengambilan telur setiap minggu dengan risiko penyakit jantung dan strok dikalangan lelaki dan wanita. Laporan ini akhirnya membuatkan masyarakat saintis mula menolak kaitan diantara pengambilan telur dan sakit jantung koronari serta paras kolesterol tinggi dan ianya akhirnya diterima oleh USDA pada tahun ini.

Anda perlu makan secara sihat dengan makanan berserat tinggi, makan sayur-sayuran, buah-buahan, kurangkan gula dan makan ikan . Dengan tabiat pemakanan seperti ini, maka anda boleh makan telur setiap hari sebagai salah satu menu makanan sihat anda. Pemakanan sihat dan berseimbang masih perlu diamalkan untuk memastikan kolesterol anda terkawal dan risiko mendapat penyakit jantung, strok, darah tinggi dan kencing manis dikurangkan.

Telur amat berkhasiat dan perlu dimasukkan dalam pemakanan sihat seharian kita terutama dikalangan kanak-kanak, orang tua dan pesakit-pesakit kronik. Ini juga kerana faktor harganya yang murah dan mudah didapati dan ianya dapat membekalkan protin yang sihat disamping zat-zat lain yang sangat penting untuk kesihatan.

Kandungan telur yang sihat dan amat baik untuk kesihatan adalah protin dalam telur adalah protin lengkap dan mudah dihadamkan. Asid aminonya adalah dalam nisbah yang terbaik dan ia juga rendah kalori. Kuning telur mengandungi choline yang baik untuk kesihatan saraf otak dan pertumbuhan otak bayi yang sihat. Kandungan lutein dan zeaxanthin iaitu sejenis anti oksidan yang tinggi dalam kuning telur yang lebih mudah diserap oleh usus kerana kandungan lemak dalam telur yang lebih tinggi. Ia penting untuk kesihatan mata dengan mencegah masalah katarak dan degenerasi makular yang boleh mengakibatkan masalah buta.

Kandungan vitamin D yang tinggi dalam telur juga amat baik untuk tulang yang kuat dan sihat kerana ia membantu penyerapan kalsium dari usus. Ia juga penting untuk kesihatan usus dan membantu mengawal berat badan. Lain-lain vitamin yang tinggi dalam telur adalah vitamin B2 ( Riboflavin), asid folik dan vitamin B12.

Kesimpulannya, makan telur secara sederhana adalah tabiat pemakanan yang sihat. Ia boleh membantu membekalkan vitamin dan zat-zat protin yang diperlukan oleh badan manusia. Makan telur setiap hari juga tidak akan meningkatkan paras kolesterol dan malahan ia tidak meningkatkan risiko sakit jantung dan strok. Makan telur juga boleh membantu mengawal berat badan dengan lebih baik.

Mengenai Jus Delima Bio Emas
Boleh menggunakanya tanpa ragu-ragu lagi mengikut tujuan yang sesuai ianya diambil .

Jus Delima Bio Emas juga mempunyai:

Khasiat buah-buah yang terkandung dalam semua produk jenama Bio Emas terbukti melalui kajian klinikal dan saintifik yang telah dijalankan oleh pelbagai pehak dari serata dunia dan boleh dirujuk di laman web National Institutes of Health – NIH.

NIH memuatkan journal-journal serta artikel-artikel berkaitan penyelidikan atau penemuan berhubung dengan dunia perubatan dan menjadi rujukan kepada para pengamal perubatan, penyelidik, pesakit, penuntut dan profesional seluruh dunia.

ANDA BOLEH GUNAKAN JUS DELIMA BIO EMAS TANPA RASA WAS-WAS

 



Sila KLIK imej di bawah untuk mendengar mengenai Jus Delima Bio Emas


<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA