Ekstrak Delima Merawat Buah Pinggang.
Ekstrak buah delima mampu merawat penyakit buah pinggang. Banyak penyelidikan telah dijalankan oleh saintis bagi mengesahkan kesesuaian ekstrak buah delima bagi tujuan membaikpulih kerosakan buah pinggang.
Para penyelidik dari seluruh dunia telah menemui kelebihan ekstrak delima bagi kegunaan penjagaan kesihatan manusia termasuk kesihatan buah pinggang. Sekumpulan penyelidik dari Department of Pharmacology, All India Institute of Medical Sciences (AIIMS), New Delhi, pada 13 Julai 2015 telah menjalankan kajian mengenai keberkesanan ekstrak delima, menunjukkan bahawa buah delima boleh digunakan sebagai makanan tambahan dalam rawatan cedplatin-induced terhadap buah pinggang yang rosak dengan mengurangkan apoptosis, tekanan oksidatif dan keradangan[1].
Penyelidik daripada Western Galilee Hospital, Nahariya, Israel pula mendapati bahawa pengambilan Jus delima mampu meredakan peningkatan tekanan oksidatif (OS) dan keradangan yang disebabkan oleh IV iron administration semasa sesi dialisis. Kesan yang menguntungkan ini menerangkan pengecilan yang diperhatikan sebelum ini dalam tekanan oksidatif (OS) dan keradangan pada pesakit hemodialysis hasil daripada pengambilan Jus delima yang berpanjangan [2].
Pada bulan September 2015, gabungan penyelidik dari University of California-Los Angeles, (USA), University of Illinois Urbana-Champaign Illinois, (USA), Faculty of Medicine, Rambam Medical Center Israel, Department of Physical Therapy, University of Illinois at Chicago (USA) dan Department of Kinesiology and Nutrition, University of Illinois at Chicago (USA) telah menjalankan kajian bagi mengetahui Kesan Ekstrak Ekstrak Delima pada Faktor Risiko Kardiovaskular dan Fungsi Fizikal Kepada Pesakit Hemodialisis.
Kajian dilakukan keatas 33 pesakit yang sedang menjalani rawatan hemodialysis. Pesakit menelan kapsul 1000mg ekstrak polifenol delima 7 hari/minggu selama 6 bulan. Tekanan darah sistolik dan tekanan darah diastolik dikurangkan sebanyak 24 ± 13.7 dan 10 ± 5.3 mmHg. Hasil kajian itu mendapati suplemen ekstrak delima boleh mengurangkan tekanan darah (BP) dan meningkatkan aktiviti antioksidan dalam pesakit hemodialysis, ia tidak meningkatkan risiko kardiovaskular, fungsi fizikal, atau kekuatan otot [3].
Satu kajian untuk menilai kesan jus/ekstrak delima terhadap pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis telah dijalankan oleh sekumpulan 6 penyelidik daripada Division of Nephrology, Department of Medicine, University of Washington, Seattle, Washington; Kidney Research Institute, Seattle, Washington, Kidney Research Institute, Seattle, Washington, Division of Nephrology, Department of Medicine, Vanderbilt University Medical Center, Nashville USA.
Tujuan kajian adalah menilai kesan suplemen buah delima pada tekanan oksidatif, keradangan sistemik, fungsi monoki, dan tekanan darah. Dua puluh empat pesakit yang menjalani maintenance hemodialysis (MHD) – (lelaki, 64%, umur min, 61 ± 14 tahun) secara rawak ditugaskan untuk menerima jus atau ekstrak delima dalam tempoh selama 4 minggu. Selepas tempoh itu, semua pesakit menerima rawatan alternatif semasa tempoh intervensi 4 minggu kedua.
Pesakit diberikan jus buah delima 100ml sebelum setiap sesi dialisis. Manakala jumlah dos tetap harian yang diberikan kepada pesakit ialah sebanyak 1,050mg.
Sepanjang tempoh kajian, rawatan tidak mempunyai kesan ketara terhadap profil lipid, protein C-reaktif plasma, interleukin 6, F2-isoprostane atau kepekatan isofuran, tekanan darah sistolik atau diastolik atau mengubah tahap pengeluaran sitokin monoki dan tidak mempengaruhi penanda keradangan atau tekanan oksidatif dan tidak menjejaskan tekanan darah predialisis [4].
Kajian berkaitan amalan pemakanan herba yang mengandungi phytochemicals-seperti catechin, epicatechin, epigallocatechin-3-gallate, diosmin, rutin, quercetin, hyperoside, dan curcumin-sebagai phyto-phenols diet antioksidan didapati berkesan untuk pencegahan urolithiasis (pembentukan batu karang dalam saluran kencing). Unsur kimia utama ini didapati dengan banyak dalam buah delima.
Kajian yang dijalankan oleh 7 penyelidik daripada Pharmaceutical Sciences Research Center, Kermanshah University of Medical Sciences Iran, Department of Traditional Pharmacy, School of Traditional Medicine, Tehran University of Medical Sciences, Department of Life and Earth Sciences, Higher Teachers’ Training College, University of Maroua, Maroua 55, Cameroon dan Department of Pharmaceutical Sciences, College of Pharmacy, Larkin University, Miami, FL 33169, USA. Kajian ini diterbitkan pada 7 Mac 2018.
Hasil kajian ini menunjukkan peranan phytophenols yang menjanjikan dalam pencegahan dan rawatan batu karang dalam buah pinggang [5].
Daripada hasil kajian saintifik diatas telah membuktikan ekstrak delima berperanan membantu memperbaiki buah pinggang yang rosak. Selain itu ia juga berfungsi sebagai alat untuk mencegah terbentuknya batu karang dalam buah pinggang atau saluran kencing.
Selain berguna untuk masaalah buah pinggang, jus delima juga amat besar peranannya bagi pencegahan kanser seperti kanser kolon dan juga kanser payu dara.
Jus Delima Bio Emas mengandungi ekstrak delima yang sejajar dengan fungsi yang dinyatakan diatas. Jus Delima Bio Emas juga mengandungi Gum Arabic yang juga berfungsi menambah baik buah pinggang.
Ada sebanyak 135 journal penyelidikan oleh saintis dari universiti seluruh dunia terhadap khasiat buah delima untuk kesihatan organ manusia termasuk buah pinggang, jantung, saluran darah dan lain-lain.
Selain ekstrak delima, Jus Delima Bio Emas diperkuatkan lagi dengan gum arabic, rkstrak biji anggur, ekstrak zaitun, kurma, aprikot dan juga madu lebah. Semua bahan-bahan ini telah dikaji manafaatnya untuk kesihatan manusia. Bagi gum arabic ada 23 penyelidikan, kurma 27, aprikot 26, zaitun 22, anggur 36 dan madu 20, lihat di sini
Anda juga boleh melayari url berikut (klik nama bahan) bagi mengetahui lebih lanjut maklumat penyelidikan setiap bahan yang digunakan dalam Jus Delima Bio Emas:
Ekstrak Delima
Gum Arabic
Biji Anggur
Gaun/Biji Zaitun
Ekstrak Kurma
Ekstrak Aprikot
Madu Lebah
Oleh itu Jus Delima Bio Emas boleh digunakan tanpa was-was.
Rujukan:
1. Antioxidant and anti-inflammatory potential of pomegranate rind extract to ameliorate cisplatin-induced acute kidney injury – ( Pubmed)
2. Pomegranate juice intake attenuates the increase in oxidative stress induced by intravenous iron during hemodialysis. – ( Pubmed)
3. Effects of Pomegranate Extract Supplementation on Cardiovascular Risk Factors and Physical Function in Hemodialysis Patients. – ( Pubmed)
4. A pilot randomized crossover trial assessing the safety and short-term effects of pomegranatesupplementation in hemodialysis patients. – ( Pubmed)
5. Dietary Plants for the Prevention and Management of Kidney Stones: Preclinical and Clinical Evidence and Molecular Mechanisms. – ( Pubmed)