«

»

Sep 09

Cara Mengesan Penyakit Kencing Manis

Kencing manis, bukan lagi penyakit asing dalam kehidupan masyarakat masa kini. Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita sudah sedia maklum mengenai penyakit yang berkait rapat dengan pengambilan karbohidrat (gula, nasi dan lain- lain) secara berlebihan mahupun amalan gaya hidup tidak sihat.

Agak menghairankan apabila masih ada majoriti besar masyarakat memandang ringan terhadap penyakit kronik itu. Ini dapat dilihat apabila statistik jumlah penghidap diabetes negara meningkat kepada 17.5 peratus pada 2015 berbanding 15.2 peratus pada 2011 dan 11.6 peratus (2006).

Keadaan ini begitu membimbangkan. Apatah lagi apabila masih ada yang terus selesa dan tidak mahu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, yang menjadi antara faktor yang menyebabkan ramai tidak tahu mereka sebenarnya penghidap diabetes.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Malaysia 2015, mendapati 1.8 juta daripada 3.5 juta individu dewasa yang menghidap diabetes di negara ini tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit itu.
Bahaya Laporan kesihatan menunjukkan golongan muda berusia antara 18 hingga 30 tahun yang menghidap diabetes semakin meningkat. Keadaan ini menggusarkan kerana kebanyakan mereka tidak tahu ada diabetes.

“Antara risiko utama penyakit ini adalah penyakit jantung koronari, angin ahmar, kerosakan organ seperti buah pinggang, buta penglihatan dan kehilangan kaki,” kata Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS) Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin.

Diabetes atau penyakit kencing manis adalah keadaan di mana paras gula/glukos di dalam darah seseorang itu melebihi tahap normal berikutan kegagalan kelenjar pankreas untuk mengeluarkan hormon insulin yang secukupnya. Kehadiran insulin ini amat penting kerana ia akan menyalur setiap makanan yang telah diproses menjadi glukos ke dalam sel-sel badan bagi mengeluarkan tenaga.

Bagaimanapun, bagi pesakit diabetes, organ pankreas mereka tidak dapat mengeluarkan insulin secukupnya ataupun jumlah insulin yang dikeluarkan itu kurang berkesan. Keadaan tersebut membuatkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan, sekali gus terkumpul di dalam darah yang kemudian menyebabkan parasnya meningkat tinggi sehingga melimpah ke dalam air kencing, yang mana ia dikenali sebagai kencing manis.

Serangan jantung
Terdapat dua jenis kencing manis. Jenis pertama, kerosakan pankreas daripada mula lagi menyebabkan ketiadaan langsung hormon insulin dalam badan. Manakala jenis kedua, badan tidak mengeluarkan hormon insulin secukupnya untuk mengawal paras gula dalam darah.
“Di Malaysia, kencing manis jenis kedua paling ramai iaitu merangkumi 98 hingga 99 peratus daripada jumlah pesakit Cara Mengesan Kencing Manis ,” ujar Prof Dr Nor Azmi yang juga Pakar Perunding Perubatan Diabetes dan Endokrinologi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ujian mudah
Justeru, segala simptom berkaitan dengan kencing manis seperti letih, kerap kencing terutama waktu malam, sentiasa rasa dahaga perlu diberi perhatian serius.
Apatah lagi, Malaysia berada di tangga pertama di rantau Asia Tenggara sebagai negara yang mempunyai peratusan paling tinggi pesakit diabetes.

Lagi tepat
Mengulas mengenai ujian mudah kencing manis, Prof Dr Nor Azmi berkata mengesan penyakit itu sebelum ini agak sukar kerana memerlukan seseorang itu berpuasa selama lapan jam sebelum menjalani ujian darah glukos.
“Selain berpuasa lapan jam untuk memeriksa tahap glukos di dalam darah, ada dalam keadaan tertentu memerlukan mereka mengambil minuman yang mengandungi 75 gram glukos di dalam cawan 300ml. “Ia, perlu dihabiskan dalam tempoh masa tiga hingga lima minit. Kemudian, mereka tidak boleh balik atau berjalan ke sana ke mari kerana itu akan memberi kesan kepada tahap glukos di dalam badan.

“Sebaliknya, perlu duduk diam-diam dalam tempoh dua jam dan selepas itu baharu ambil lagi satu ujian darah glukos. Tidak ramai yang sanggup menjalani ujian yang rumit dan berperingkat-peringkat ini,” katanya.
Berbanding penggunaan ujian darah A1c, kencing manis dapat dikesan dengan lebih tepat, mudah serta tidak memerlukan mereka berpuasa ataupun meminum air glukos. Malah, keputusannya pun cepat dalam masa dua jam dan ini diharap dapat menarik minat 1.8 juta daripada 3.5 juta pesakit diabetes di negara ini yang tidak tahu mereka ada penyakit itu untuk tampil membuat pemeriksaan.

“Ujian glukos di dalam darah yang digunakan untuk mengesan diabetes sebelum ini hanya mengukur tahap glukos dalam saluran darah yang hanya mencerminkan tahap glukos pada sesuatu ketika sahaja.
“Berbanding A1c, ujian ini akan mengukur purata tahap glukos di dalam sel-sel darah merah yang mempunyai jangka hayat selama tiga hingga empat bulan dan keputusannya lebih tepat,” katanya.
Pertama di Asia

Justeru, dengan termaktubnya A1c sebagai antara satu ujian darah mengesan diabetis di negara ini, ia telah meletakkan Malaysia sebagai negara pertama di benua Asia yang berbuat demikian.
Sebelum ini, hanya Amerika Syarikat, Eropah dan New Zealand sahaja yang mengguna ujian A1c sebagai satu kaedah mendiagnosis diabetis.

Manakala negara Jepun, hanya membenarkan penggunaan ujian A1c jika ia disertakan serentak dengan ujian glukos selepas lapan jam berpuasa dan selepas minum 75 gram glukos, bukan bersendirian dan berasingan.
Untuk makluman, perkhidmatan ujian darah A1c ini sudah boleh diperoleh di mana-mana hospital dan klinik kesihatan kerajaan dan swasta.

________________________________________________________________________________________

Mengenai Jus Delima Bio EmasTM 

Jus Delima Bio Emas ialah Minuman Herba Campuran.

  • Khasiat semua buah-buah yang terkandung dalam produk Delima Bio EmasTMtelah melalui kajian klinikal dan saintifik yang telah dijalankan oleh pelbagai pehak dari serata dunia dan boleh dirujuk di laman web National Institutes of Health – NIH.
  • NIH memuatkan journal-journal serta artikel-artikel berkaitan penyelidikan atau penemuan berhubung dengan dunia perubatan dan menjadi rujukan kepada para pengamal perubatan, penyelidik, pesakit, penuntut dan profesional seluruh dunia.
  • Journal-journal serta artikel yang memuatkan hasil kajian saintifik ke atas bahan-bahan yang digunakan sebagai formulasi dalam JusDelima Bio EmasTM iaitu Ekstrak Delima, Anggur, Zaitun, Kurma, Aprikot, Manna dan Madu boleh semak di sini.
  • Sumber rujukan ini diterbitkan olehNational Institutes of Health – NIH, Amerika Syarikat dan Kanada dan juga universiti-universiti dan pusat penyelidekan yang berkenaan.

Dengan adanya sumber maklumat yang berwibawa mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam Jus Delima Bio Emas, diharap ianya memberi panduan dan boleh menggunakanya mengikut tujuan yang bersuaian. Jus Delima Bio Emas juga mempunyai Sijil Pengesahan HALAL JAKIM.

GUNAKAN JUS DELIMA BIO EMAS TANPA WAS-WAS

________________________________________________________________________________________



Sila KLIK imej di bawah untuk mendengar mengenai Jus Delima Bio Emas


<< KEMBALI KE HALAMAN UTAMA

check out this adidas yeezy boost 350 v2 peyote sample adidas yeezy boost 350 v2 peyote adidas yeezy boost 350 v2 peyote sample adidas yeezy boost 350 v2 peyote adidas yeezy 350 boost v2 earth sample adidas yeezy boost 350 v2 earth confirmed earth adidas yeezy boost 350 v2 sample fake adidas yeezy boost 350 v2 earth adidas yeezy boost 350 v2 earth adidas yeezy boost 350 v2 white size info adidas yeezy boost 350 v2 peyote sample adidas yeezy boost 350 v2 solar red adidas confirmed app adidas yeezy 350 boost beluga adidas yeezy boost 350 v2 store list adidas yeezy boost 350 v2 adidas yeezy boost 350 v2 beluga confirmed release date adidas yeezy boost 350 v2 beluga solar red yeezy boost 350 v2 grey orange nice kicks dtla adidas yeezy boost 350 v2 release yeezy surprises buy adidas yeezy boost 350 v2 online
adidas nmd xr1 blue camo release date adidas nmd xr1 blue camo coming soon adidas nmd xr1 blue camo release date adidas nmd xr1 bape camo custom kendras customs bape adidas nmd release date offspring adidas nmd offspring adidas nmd r1 offspring adidas nmd collaboration offspring x adidas nmd offspring adidas nmd offspring x adidas nmd collaboration drops friday adidas nmd xr1 magenta release date adidas nmd xr1 magenta adidas nmd xr1 magenta release date adidas nmd xr1 magenta adidas nmd trail size exclusive release date adidas nmd r1 trail release date adidas nmd r1 trail size exclusive release date adidas nmd r1 trail release date adidas nmd r1 trail size exclusive drops weekend